Beli Nota Rujukan Bijak Temuduga
[ JUALAN SEDANG DIBUKA! ]
Rujukan Khas Untuk Bijak Temuduga!




Daftar sebagai pengguna aktif. Ini akan membolehkan kami menghantar info jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya yang bermanfaat terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah dan klik butang hantar.

Delivered by FeedBurner

09 April, 2010

3 Tips Asas Menghadiri Temuduga Kerja Kerajaan

Berikut adalah 3 tips asas dan mudah yang boleh diikuti oleh anda yang akan melalui temuduga kerja kerajaan:

1. Pakaian, personaliti dan penampilan

Tampilkan pemakaian dan personaliti yang menggambarkan anda seolah olah seorang eksekutif yang yakin, berkarisma dan berketerampilan. Untuk lelaki, tali leher serta kasut, baju dan seluar yang berpadanan manakala untuk wanita, pemakaian eksekutif yang bersesuaian. Jangan segan silu untuk memakai kot atau blazer, kerana ia bukan sesuatu yang anda akan lakukan setiap hari. Pastikan anda datang awal ke sesi temuduga, lengkap dengan segala dokumen yang diperlukan.

2. Tugas dan peranan
Semak semula jawatan yang dipohon dan senaraikan tugas tugas dan peranan yang mungkin dipikul jika sekiranya anda berjaya menjawat jawatan kosong yang ditawarkan. Jika ditanya,


“Pada pandangan anda, apakah tugas-tugas jawatan seorang Pegawai Penyelia Perubatan seperti yang anda pohon sekarang?”


Perkara terakhir yang anda tidak ingin berlaku adalah gagal menjawab soalan di atas dan hanya kelu tidak terkata di hadapan penemuduga. Dapatkan maklumat dari beberapa sumber seperti laman web, buku panduan, rakan rakan serta ahli keluarga yang bekerjaa dengan kerajaan. Saya suka mengesyorkan panduan mantap untuk persediaan ke temuduga kerajaan ini.

3. Kaji struktur & organisasi pentadbiran kerajaan

Buat sedikit kajian mengenai beberapa jabatan atau kementerian terutamanya tugas tugas yang dipikul oleh jabatan yang berlainan. Buat perbandingan dengan pentadbiran negeri (dan sebagainya) untuk memahami perbezaan dari segi struktur dan fungsi. Ini terutamanya penting untuk mereka yang bakal menghadiri temuduga PTD (Pegawai Tadbir dan Diplomatik).

No comments:

Post a Comment


Untuk tidak ketinggalan mengikuti setiap iklan jawatan kosong terbaru yang dikeluarkan oleh jabatan kerajaan mahupun sektor swasta, anda mesti mendaftarkan diri sebagai pembaca aktif Blog Tips Kerjaya ini dengan memasukkan emel di ruangan yang disediakan di bawah. Jangan pula lupa klik link pengesahan yang dihantar ke dalam emel anda.

Sila Masukkan Emel Anda Di Bawah:

Delivered by FeedBurner

-----------------------------
-----------------------------