Antara Masalah Ekonomi Dan Pekerjaan - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

Antara Masalah Ekonomi Dan Pekerjaan

Pada masa ini, masalah ekonomi yang teruk melanda bukan saja Malaysia akan tetapi seluruh dunia. Di Malaysia sendiri, terdapat beribu-ribu pekerja diberhentikan kerja pada setiap bulan. Bagaimana dengan kehidupan mereka seterusnya? Apa yang akan mereka lakukan untuk menyara kehidupan mereka? Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai tanggungan yang besar. Sungguh kasihan. Adakah mereka hanya menunggu saja mengharapakan bantuan kerajaan? Mereka perlu mencari kerja yang baru untuk meneruskan kehidupan.

Jadi tidak hairanlah mengapa permohonan jawatan dalam sektor awam tiba-tiba meningkat dengan mendadak. Hampir setengah juta permohonan untuk memasuki bidang kerja dalam sektor awam! Akan tetapi berapa kekosongan yang ada bagi jawatan yang dipohon?

Pada masa ini, sangat sukar mencari kerja. Malah yang bekerja pun mula runsing memikirkan adakah mereka juga bakal diberhentikan kerja. Jadi pilihan mereka untuk mendapat kerjaya yang stabil yang dapat menjamin masa depan mereka adalah dengan menyertai sektor awam.
Akan tetapi, adakah mudah untuk mengisi atau memasuki bidang kerja sektor awam? Ianya tidak semudah seperti yang disangkakan. Sangat susah sebenarnya…Anda perlu bersaing dengan 200 - 500 pesaing yang lain bagi hanya satu kekosongan jawatan sahaja! Bagaimana untuk menjadikan diri anda yang terpilih di kalangan calon yang begitu ramai ini?

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!