Beli Nota Rujukan Bijak Temuduga
[ JUALAN SEDANG DIBUKA! ]
Rujukan Khas Untuk Bijak Temuduga!




Daftar sebagai pengguna aktif. Ini akan membolehkan kami menghantar info jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya yang bermanfaat terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah dan klik butang hantar.

Delivered by FeedBurner

11 April, 2010

Apakah Objektif Dan Matlamat Utama Sesi Interview Dijalankan?

Sebelum menghadapi temuduga, anda perlulah mengetahui objektif atau matlamat penemuduga. Ini adalah bagi memastikan diri anda berusaha untuk mencapai ke arah matlamat itu.

1. Biasanya penemuduga mahu melihat kebolehan berkomunikasi dengan baik. Ini adalah bagi melihat sejauh mana keyakinan anda dalam berkomunikasi dan teknik atau cara anda menyampaikan sesuatu. Seseorang yang memiliki keyakinan yang tinggi dalam percakapan dan mampu menghantar matlumat yang mudah difahami kepada si pendengar akan menambahkan minat penemuduga terhadapat anda. Kepentingan ini adalah aplikasi dalam dunia pekerjaan anda yang memerlukan anda berinteraksi dengan individu atau kelompok lain.

2. Perkara yang penting sekali ialah berkaitan perwatakan diri anda. Seseorang yang memiliki perwatakan menarik, mementingkan kekemasan dan kesempurnaan serta nilai moral yang tinggi mampu untuk menjatuhkan minat penemuduga terhadap anda. Sekiranya anda hadir temuduga dengan wajah yang bengis dan keterampilan diri yang buruk sudah pasti penemuduga telah ada jawapan gagal terhadap temuduga anda.

3. Selain itu, penemuduga ingin melihat sama ada anda mempunyai kelayakan yang bersesuaian ataupun tidak. Menerusi persoalan yang diajukan dan jawapan yang diberikan oleh anda, ianya melambangkan kelayakkan diri anda dalam melakukan pekerjaan itu.

4. Penemuduga juga ingin melihat sejauh mana semangat dan komitmen diri anda dalam mencapai pekerjaan itu. Sekiranya anda tidak mampu menunjukkan keprihatinan anda terhadap temuduga itu dan hadir dengan keadaan tidak bersedia, ianya akan menyebabkan penemuduga menganggap anda tidak berminat dengan kerja yang ditawarkan.

No comments:

Post a Comment


Untuk tidak ketinggalan mengikuti setiap iklan jawatan kosong terbaru yang dikeluarkan oleh jabatan kerajaan mahupun sektor swasta, anda mesti mendaftarkan diri sebagai pembaca aktif Blog Tips Kerjaya ini dengan memasukkan emel di ruangan yang disediakan di bawah. Jangan pula lupa klik link pengesahan yang dihantar ke dalam emel anda.

Sila Masukkan Emel Anda Di Bawah:

Delivered by FeedBurner

-----------------------------
-----------------------------