Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Panduan Menghadiri Temuduga - Kerja Swasta

Panduan Menghadiri Temuduga - Kerja Swasta
1. Pakaian seperti anda ingin bekerja

Ada sesetengah syarikat swasta tidak mengkehendaki pemohon untuk berpakaian terlalu formal ketika sesi temu duga dijalankan. Memadai sahaja dengan berpakaian kemas dan tidak menjolok mata. Jangan sesekali memakai seluar jean, memakai baju T yang terlalu buruk dan tidak bersikat rapi.

Kebanyakan penemuduga lebih senang melihat pemohon memakai pakaian kemas seperti kemeja dan berseluar slack. Bagi wanita pula, anda disarankan tidak mengenakan pakaian yang terlalu nipis atau seksi, memakai terlalu banyak aksesori dan bersolek terlalu tebal.

2. Buat kajian

Pastikan sebelum menghadiri temuduga anda meluangkan sedikit masa membuat kajian mengenai syarikat tersebut. Selain itu, pastikan anda tahu tugas-tugas yang diperlukan bagi jawatan yang dipohon. Ia memberi bonus kepada anda kerana mempunyai sikap ingin tahu yang begitu mendalam terhadap syarikat dan pekerjaan yang ingin dipohon.

3. Jangan lambat

Jangan lambat menghadiri sesi temuduga. Ia adalah antara perkara paling dilarang berlaku semasa sesi temu duga. Kejadian itu akan memberi kesan terhadap pandangan majikan terhadap anda walaupun anda memberi alasan tersesat atau kesesakan lalu lintas. Jika majikan mula merasa benci, kebarangkalian untuk anda memperoleh pekerjaan tersebut adalah tipis.

4. Tanya soalan

Tidak semestinya majikan sahaja yang mengutarakan soalan. Anda juga boleh bersiap sedia dengan soalan-soalan anda. Ia merupakan idea yang bagus jika anda juga bertanyakan soalan. Kenapa begitu? Ini kerana, ia menunjukkan yang anda bersungguh-sungguh menginginkan jawatan tersebut. Namun apakah soalan-soalan yang sesuai untuk ditanya kepada majikan?

*Adakah syarikat ini memberi peluang kepada saya untuk belajar kemahiran-kemahiran baru lain daripada jawatan yang dipohon?

*Adakah sebarang persoalan yang bermain di fikiran tuan untuk mengetahui lebih lanjut tentang diri saya?

*Adakah saya akan dilatih terlebih dahulu untuk memahirkan diri dalam jawatan tersebut?

*Apakah perkara yang paling penting perlu saya tahu mengenai jawatan ini?


5. Ucap terima kasih

Jangan kedekut untuk mengucapkan terima kasih kepada bakal majikan sebelum dan selepas temuduga. Apabila anda melangkah masuk ke pintu majikan, ucapkan terima kasih apabila disuruh duduk.

Sebelum anda melangkah keluar pula, ucapkan sekali lagi terima kasih kerana kerjasama yang mereka berikan.

Namun ingat, jangan terlalu banyak mengucapkan perkataan terima kasih kerana ia boleh disalahtafsir oleh majikan sebagai terlalu mengampu atau hipokrit.

6. Penguasaan Bahasa Inggeris

Satu lagi yang turut tidak kurang peri pentingnya dalam temuduga kerja swasta ialah usaha meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris. Anda harus bersedia ditemuduga dalam Bahasa Inggeris kerana pihak swasta amat menitikberatkan soal kemahiran berbahasa Inggeris. Anda pun tahu peraturannya, 'penemuduga tanya dalam Bahasa Melayu jawab dalam BM yang amat baik', 'penemuduga tanya dalam Bahasa Inggeris jawab dalam BI yang fasih'. Jadi, mungkin panduan menguasai Bahasa Inggeris dengan cepat dan efektif ini berguna buat anda!

7. Rujukan Pantas Ke Temuduga

Panduan terakhir untuk ke temuduga kerja swasta kali ini. Jika anda belum pernah menduduki sesi temuduga untuk tidak kirra untuk sektor swasta atau sektor awam, pasti belum tahu apakah situasi yang berlaku dan bagaimana menanganinya. Dicadangkan rujukan menduduki temuduga di bawah untuk rujukan pantas anda, ia mengandungi koleksi hampir 250 soalan temuduga dan skema-skema jawapan terbaik. Ia sebuah pakej lengkap menghadiri temuduga kerana mengandungi banyak topik penting untuk calon-calon temuduga seperti:

- apakah soalan lazim yang ditanya,
- apakah pula skema jawapan yang sesuai,
- cara menangani situasi cemas ketika temuduga berlangsung,
- apakah perlu dibuat sebelum, semasa dan selepas temuduga,
- apakah etika pemakaian temuduga untuk jawatan bertaraf sijil, diploma dan ijazah,
- dan beberapa topik penting lagi.

>> Panduan Kerjaya Swasta

Selamat menduduki temuduga kerja swasta daripada kami dan semoga berjaya!


Sumber asal: www.anizyn.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!