Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, baca cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Panduan Temuduga Jururawat Pelatih U29

Panduan Temuduga Jururawat Pelatih U29
Panduan Temuduga Jururawat Pelatih U29.

Jawatan : Jururawat
Gred : U29
Kod Skim : 6310
Kumpulan : Sokongan
Kem/Jab : Kementerian Kesihatan

Jadual Gaji :

P1T1 RM1160.69 - P1T27 RM3057.39
P2T1 RM1231.78 - P2T27 RM3279.74
P3T1 RM1305.89 - P3T27 RM3476.28

Syarat Lantikan:
i) Diploma Kejururawatan daripada Kolej Kejururawatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan minima ialah pada Gred U29: P1T6 RM1493.44]

ii) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Jururawat dan Jururawat Masyarakat adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan ke jawatan Jururawat Gred U29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

i) mempunyai kelayakan di atas; dan
ii) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi Tugas:

1) Tugas-tugas Jururawat Kesihatan

1.1) Perawatan Kesihatan Keluarga

- Perkhidmatan kesihatan ibu dan kanak-kanak.
- Perkhidmatan lawatan ke rumah.
- Perkhidmatan kesihatan di sekolah.
- Perkhidmatan perancang keluarga.
- Pendidikan kesihatan.

1.2) Latihan
Membantu dalam mengajar pelbagai kategori pelatih separa perubatan semasa latihan mereka.

1.3) Menyelia
- Menyelia pekerja-pekerja 'Auxilliary' dan kakitangan kesihatan lain dalam kawasan operasi.
- Menyelia bidan kampung dan bidan swasta berdaftar.

1.4) Pentadbiran

- Mentadbir klinik.
- Merancang dan menjalankan lawatan ke rumah.
- Menyimpan rekod-rekod dan reten perkhidmatan kesihatan keluarga di dalam kawasan operasi.
- Membantu dalam penilaian kakitangan bawahan.

2) Tugas-tugas Jururawat Di Hospital

2.1) Penjagaan Pesakit
- Mengurus dan melayan makan minum pesakit.
- Mengurus dan menjaga kebersihan pesakit.
- Penjagaan dan merawat ibu selepas bersalin.
- Penjagaan dan merawat bayi selepas kelahiran.

2.2) Membantu Doktor dalam menjalankan tugas-tugas perawatan.

2.3) Menyelia Penolong Jururawat, Bidan dan kakitangan bawahan.

2.4) Membantu Ketua Jururawat dalam pentadbiran wad dan penilaian pelatih-pelatih.

2.5) Rawatan-rawatan lain mengikut arahan.

Soalan popular Temuduga Jururawat Pelatih U29

Berikut kami senaraikan beberapa soalan lazim lain yang berkemungkinan akan ditanya dalam temuduga Jururawat Pelatih U29. InsyaAllah ada di antaranya mungkin keluar. Carilah jawapan terbaik dan hafal:

a) Siapakah Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia sekarang?

b) Siapakah menteri yang menerajui kementerian tersebut ketika ini?

c) Namakan timbalan kepada beliau?

d) Nyatakan agensi-agensi lain yang turut terlibat di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia?

e) Apakah tugas Kementerian Kesihatan Malaysia?

f) Sebutkan motto Kementerian Kesihatan Malaysia dan apakah warna rasmi bagi Kementerian Kesihatan Malaysia?

g) Apa pendapat awak tentang Klinik 1Malaysia?

h) Ebola Viral Disease atau EVD menjadi isu yang berlegar dalam masyarakat kita baru-baru ini. Bagaimana EVD berjangkit dan apa pula langkah pencegahan yang wajar diambil?

i) Kementerian Kesihatan Malaysia sedang menjalankan kempen berkaitan Denggi. Apa yang anda tahu mengenainya?

j) Berikan beberapa maklumat yang anda tahu mengenai H7N9.

Tips tambahan: Jangan terhad mencari maklumat setakat untuk mencari jawapan soalan (a)-(j) saja. Luaskan bacaan dan rajin-rajinlah bertanya kepada mereka yang punya pengalaman ditemuduga untuk jawatan Jururawat Pelatih U29.

---

Sudahkah anda bersedia menghadapai sesi temuduga jururawat pelatih U29? Sudah hafal soalan lazim? Sudah tahu latarbelakang kerjaya jururawat dan soalan teknikal yang lain?

Kalau belum, kami cadangkan panduan kerjaya jururawat ini. Ia mengandungi 6 modul yang merangkumi aspek-aspek penting bidang kejururawatan. Begitu lengkap dan bermanfaat khusus untuk calon temuduga sekalian.
(Klik imej untuk mendapatkan panduan ini)

1 comment:

  1. saya ada interview latihan jururawat april nanti..hopefully la dapat.

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!