Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, baca cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Permohonan Latihan Separa Perubatan Ambilan Julai 2010

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam menawarkan kepada lulusan Sijil Pelajaran Malaysia 2009 untuk mengikuti 13 jenis Latihan Separa Perubatan bertaraf Diploma dan Sijil bagi kemasukan Julai 2010.

Setiausaha SPA, Datuk Lamien Sawiyo, berkata latihan itu ditawarkan secara percuma dan mereka yang terpilih akan mendapat jaminan penempatan pekerjaan secara tetap.

Katanya, latihan bertaraf diploma akan dijalankan selama tiga tahun manakala latihan bertaraf sijil pula adalah selama dua setengah tahun dan jumlah kekosongan yang ditawarkan adalah sebanyak 3,315 orang. Beliau berkata, had umur untuk calon memohon Latihan Separa Perubatan adalah tidak kurang 17 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan bagi calon lantikan terus manakala bagi Pegawai Sedang Berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) pula hendaklah berumur kurang 51 tahun.

“Program Latihan Bertaraf Diploma yang ditawarkan adalah Juru X-ray, Jururawat, Jurupulih Perubatan (Cara Kerja dan Anggota), Penolong Pegawai Farmasi, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Penolong Pegawai Perubatan, Juruteknologi Makmal Perubatan, Juruteknologi Pergigian dan Jururawat Pergigian,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, selepas tamat latihan, pelatih akan dilantik secara tetap dan diberi penempatan di hospital atau klinik kesihatan kerajaan di seluruh negara.

“Oleh yang demikian, calon tidak perlu risau untuk mencari pekerjaan selepas menamatkan latihan. Selain belajar secara percuma, pelatih juga akan diberikan biasiswa bulanan,” katanya.

Beliau berkata, tarikh akhir permohonan pada Khamis ini. Keterangan lanjut tawaran boleh layari portal SPA di www.spa.gov.my

5 comments:

  1. after habis latihan separa perubatan nie..bley smbung dgree x?

    ReplyDelete
  2. saya nak tanya kalu nak mintak latihan separa perubatan...kena slim2 ker,,ntuk pgetahuan tggi saya 147 cm n berat dalam 55 kg,,huhu,,adakah ini mempengaruhi keputusan temuduga

    ReplyDelete
  3. Kondisi keadaan perlulah dalam keadaan sihat dan bebas daripada pengaruh dadah. Dalam aspek akademik pula, spm perlu lulus kepujian dalam BM, BI, dan subjek sains. Dalam temu duga pula, jawab apa yang disoal je dan tunjukkan minat sebab merekalah yang akan menentukan sama ada layak atau tidak. Boleh sambung degree tapi selepas tamat kontrak 3 tahun. Walau bagaimanapun, itu semua bergantung kepada budi bicara Head of Department time keja. Bentuk physical haruslah dalam keadaan sihat dan kefungsian yang normal.

    ReplyDelete
  4. spa adalah pilihan terbaik bg sy.walaupon hanya diploma,tapi sudah pasti kita akan dapat kerja.jauh daripada masalah pengangguran. :)

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!