Organisasi terbilang-pekerja cemerlang: Siri 1 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

Organisasi terbilang-pekerja cemerlang: Siri 1

Setiap warga organisasi mesti faham makna bekerja. Secara ringkasnya definisi kerja ialah tugas dan tindakan untuk menuju matlamat dengan disokong oleh persekitaran yang menggalakkan dengan jaminan masa depan serta pelbagai peluang untuk kejayaan diri.

Sementara organisasi pula ditakrifkan sebagai jentera yang menggembelingkan kerja dan tenaga manusia untuk mencapai sesuatu matlamat. Oleh itu sesebuah organisasi itu mempunyai matlamat, objektif , strategi , peraturan dan budayanya yang tersendiri dan khusus.

Organisasi ( majikan ) memberikan kita sebagai pekerja pelbagai latihan, nasihat / tunjuk ajar, peralatan dan kaedah untuk menghasilkan produk, juga memberikan kita pelbagai penghargaan, ganjaran dan juga jaminan keselamatan dan kebajikan.

Sebagai balasannya majikan semestinya mengharapkan kerja yang berkualiti , kesetiaan, iltizam yang tinggi dan pekerja yang boleh diharap serta ikhlas menjalankan tanggungjawab yang sudah, sedang dan akan diamanahkan.

Ada lima prinsip yang mesti diamalkan oleh organisasi terbilang – pekerja cemerlang. Prinsip itu ialah :
1. Taqarum
2. Tafahum
3. Tasamuh
4. Tawauun
5. Takaful

Pada post akan datang kita akan membincangkan prinsip-prinsip ini dengan lebih lanjut.

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!