Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Pembantu Kesihatan Awam U17 - Syarat Dan Kelayakan!

Kepada pembaca yang berminat dengan kerjaya sebagai Pembantu Kesihatan Awam. Post kali ini mungkin dapat membantu anda merancang permohonan anda untuk jawatan ini. Bagaimanapun, untuk makluman anda jawatan ini hanya untuk pemohon lelaki sahaja.

Tempoh Latihan adalah selama 2 tahun di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Sungai Buloh, Selangor dan Kolej Latihan Pembantu Kesihatan Awam, Batu Rakit, Terengganu. Pusat kursus ini memang telah ditentukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan sepanjang kursus anda akan diberi Biasiswa Sebanyak RM517.15 sebulan.

Antara lain syarat kelayakan memohon jawatan ini ialah..

Syarat Latihan:
i) Warganegara Malaysia

ii) Umur:
Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

iii) Kelayakan:
Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR)/Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu peringkat Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

iv) Keutamaan:
Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dan Sains/Sains Paduan serta lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik;
Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan;

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Am Rendah/Pembantu Am Pejabat, Atendan Kesihatan/Pembantu Perawatan Kesihatan dan Atendan Haiwan adalah layak dipertimbangkan secara Kenaikan Pangkat Secara Lantikan untuk mengikuti Latihan Pembantu Kesihatan Awam apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

mempunyai kelayakan di para (iii) di atas; dan
berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.

P/s: Pelatih-pelatih yang telah tamat latihan di peringkat sijil akan diperakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dilantik ke jawatan Pembantu Kesihatan Awam Gred U17.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!