Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Bagaimana Kalau Tidak Dapat Hadir Semasa Temuduga SPA?

Kalau tiada sebab yang jelas, sesiapa pun tidak mahu mencari alasan untuk tidak menghadirkan diri semasa jadual temuduga SPA tiba.

Tapi langit bukan selalunya cerah. Ada masanya masalah yang besar dan sama sekali tidak dapat dielakkan memunculkan diri. Walau dengan apa cara sekalipun tidak ia dapat ditolak.

Kalau memang situasi seperti ini datang, padahal esok sudah tarikh temuduga anda dijadualkan. Bagaimana?

Tiada masalah!

Sekiranya terdapat sebarang masalah yang tidak dapat dielakkan untuk menghadiri sesi temuduga, tuan/puan boleh menghubungi hotline SPA di talian:

03 - 8885 6032

atau

03 - 8885 6354

Dan minta bercakap dengan pegawai yang sepatutnya untuk urusan tidak dapat hadir temuduga.


Kemudian, nyatakan dengan jelas dan teratur apakah masalah yang anda hadapi. Terangkan sebabnya dengan baik dan intonasi yang sesuai. Nyatakan kekesalan anda di samping bincangkan bagaimana dengan peluang anda pada sesi temuduga akan datang.


P/s: InsyaAllah mereka memahaminya jika kena dengan caranya..

1 comment:

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!