Kerjaya Sebagai Penerbit Rancangan - Gred B19 | B29 | B41 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

Kerjaya Sebagai Penerbit Rancangan - Gred B19 | B29 | B41


Tahukah anda apa itu kerjaya sebagai Penerbit Rancangan Gred B19, B29 dan B41?

Secara umumnya skop tugas kerjaya ini ialah menulis skrip, mempersembah dan menerbit rancangan ringan, membuat liputan siaran langsung, membuat temu ramah dan keluar mencari bahan untuk rancangan ringan. Juga kekadang menterjemah dan membuat transkripsi bahan-bahan untuk rancangan. Jawatan ini biasanya anda akan ditempatkan di Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan / Kementerian Pelancongan Malaysia / RTM.

Agaknya apakah kelayakan khas untuk memohon kerjaya ini?

Sudah pasti yang paling utama adalah anda seharusnya mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti yang tinggi. Selain itu, mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang perfileman atau penerbitan rancangan radio atau televisyen termasuk pementasan, teater, drama, hiburan, ehwal semasa dan lain-lain yang sewaktu dengannya.



Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner



Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan sangat-sangat memuaskan. Penguasaan Bahasa Melayu Tinggi yang begitu baik akan diutamakan.

Ini penting kerana kita tidak mahu rancangan yang diterbitkan mempunyai nilai bahasa yang rendah dan kurang bermutu. Memartabatkan bahasa kebangsaan adalah satu agenda yang perlu sentiasa diutamakan dalam apa pun juga.

Apakah tugas hakiki jawatan ini?

Anda akan bertanggungjawab menerbit rancangan kategori berat dalam bentuk rencana, dokumentari, majalah dan hiburan. Selain itu, anda juga akan membuat analisis perkembangan semasa tanah air dalam bidang ekonomi, politik, sosial dan juga antarabangsa.

KELAYAKAN LANTIKAN PENERBIT RANCANGAN GRED B19

Mempunyai sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,360.00).

KELAYAKAN LANTIKAN PENERBIT RANCANGAN GRED B29

Memiliki sekurang-kurangnya Diploma dalam bidang animasi, komunikasi massa, multimedia, pengajian media, grafik komunikasi, fotografi, penyiaran atau perfileman atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred B29: RM1,777.78).

KELAYAKAN LANTIKAN PENERBIT RANCANGAN GRED B41

Pemegang Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang animasi, komunikasi massa, multimedia, pengajian media, grafik komunikasi, fotografi, penyiaran atau perfileman atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred B41: RM2,302.30).



Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner



No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!