Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


[JAIS] - Jawatan Kosong Imam, Penolong Imam Dan Bilal

Berikut kami lampirkan di bawah iklan jawatan kosong (kontrak) di Jabatan Agama Islam Selangor:



JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR
IKLAN JAWATAN KOSONG

PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM (IMAM) GRED S41

(a) (i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengajian Islam yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(ii) Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang pengajian Islam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM (PENOLONG IMAM) GRED S27

(a) (i) Sijil tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan mendapat prinsipal dalam subjek Syariah, Usuluddin atau Bahasa Arab; atau

(ii) Syahadah Institut Tahfiz dan Latihan Al-Quran daripada Maahad Tahfiz Bahagian Agama, Jabatan Perdana Menteri atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.;atau

(iii) diploma dalam bidang pengajian islam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM GRED S17 (BILAL/SIAK)

(a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan kepujian dalam subjek Agama Islam dan lulus Bahasa Arab; atau

(ii) Sijil IV Thanawi atau Sijil Tinggi Agama daripada sekolah agama bantuan penuh kerajaan.

CARA MEMOHON:

(a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Untuk Jawatan Kontrak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS-BPN.1) yang boleh diperolehi di alamat Bahagian Khidmat Pengurusan/Unit Sumber Manusia JAIS Tingkat 1, Menara Selatan, Bangunan Sultan Idris Shah, No. 2, Persiaran Masjid, Bukit SUK, Seksyen 5, 40676 Shah Alam Selangor.

(b) Semua Permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport, salinan Kad Pengenalan, salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa dan salinan Sijil Kelahiran serta Sijil- Sijil Persekolahan yang berkaitan.

(d) Semua salinan sijil hendaklah diakui sah.

(e) Permohonan yang berikut akan ditolak :-

(i) Tidak disertai dengan dokumen yang diperlukan
(ii) Tidak lengkap atau tidak terang.
(iii) Tidak memenuhi syarat- syarat kelayakan.
(iv) Tidak besertakan gambar.
(v) Tidak ditandatangani.

SYARAT TAMBAHAN:

a) Keutamaan dibuka untuk anak Selangor atau bermastautin melebihi 15 tahun disertakan surat pemastautin.

ALAMAT PERMOHONAN:
(a) Permohonan hendaklah sampai kepada:

PENGARAH
JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR,
TINGKAT 1, MENARA SELATAN,
BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH,
NO. 2, PERSIARAN MASJID, BUKIT SUK,
SEKSYEN 5,40676 SHAH ALAM.

TARIKH TUTUP:

Sebelum atau pada 03 OGOS 2011

P/s: Selamat memohon.. :)

No comments:

Post a Comment