Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Kerjaya Sebagai Juruaudio Visual Gred N17

kerjaya sebagai juruaudio visual N17

Tahukah anda apa itu kerjaya sebagai Juruaudio Visual?
Secara ringkasnya, Juruaudio Visual ialah orang yang bertanggungjawab mengendalikan pemasangan alat audio visual, memberi khidmat kemudahan alat siaraya dan peralatan audio visual kepada Pegawai Pengembangan, menjalankan kerja post production dan salinan koleksi bahan media, menjalankan kerja penyediaan bahan pameran dan menyelenggara peralatan alat audio visual.

Jabatan mana pula yang memerlukan jawatan ini?
Tiada jabatan tertentu yang dikhaskan dengan jawatan ini. Maknanya semua jabatan kerajaan di Malaysia memerlukan seorang Juruaudio Visual. Ini menjadikan ianya kerjaya yang menarik dan berpotensi untuk dipohon.

Bagaimana pula dengan gajinya? Manalah tahu kalau ianya menarik dan boleh difikirkan. Hehe..

Jadual Gaji kerjaya Juruaudio Visual:

P1T1 RM820.38 - P1T24 RM2151.35
P2T1 RM871.81 - P2T24 RM2272.50
P3T1 RM924.75 - P3T24 RM2397.95

Hmm.. Agak menarik juga ya gaji yang ditawarkan untuk kerjaya ini. Jadi apakah kelayaakan dan syarat lain yang yang diperlukan untuk melayakkan anda memohonnya?

-> Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

-> memiliki lesen memandu kelas D;

-> Berpengalaman mengendalikan peralatan yang berkait rapat dengan alat-alat elektronik siaran serta berkebolehan memasang, menyelenggara dan membaiki kerosakan kecil; atau

-> Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang perekabentuk multimedia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta memiliki lesen memandu kelas D; atau

-> Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang perekabentuk multimedia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta memiliki lesen memandu kelas D; dan

-> kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Berikut dikongsikan beberapa soalan lazim yang biasanya disoal di dalam temuduga bagi jawatan Juruaudio Visual Gred N17:

1. Paling lazim, biasanya kami akan mengesyorkan anda membaca dan menghafal deksripsi tugas sebagai seorang Juruaudio Visual Gred N17. Kenapa? Jarang-jarang sekali calon tidak diajukan dengan soalan popular ini. Jadi sediakan diri anda dengan jawapan yang paling bagus anda boleh perolehi.

2. Satu lagi soalan bonus daripada panel penemuduga ialah meminta anda memperkenalkan diri. InsyaAllah inilah soalan jarang tidak diajukan. Sediakanlah skrip jawapan yang baik dan hafal.

Tips: Terangkan serba sedikit berkenaan anda dan latar belakang keluarga. Apa yang lebih menarik minat panel ialah latar belakang pendidikan anda. Tekankan lebih mengenai pengalaman kerja anda (jika ada).

3. Kadang-kadang panel penemuduga akan bertanya rancangan anda untuk melanjutkan pelajaran.

Lagi Tips: Jawab 'iya' dan nyatakan peluang untuk melanjutkan pelajaran jika bekerja di sektor awam terbuka lebih luas.

4 Bagi mereka yang pertama kali menduduki sesi temuduga terutamanya bagi jawatan Juruaudio Visual Gred N17, pasti belum tahu apakah situasi yang berlaku dan bagaimana menanganinya. Kami cadangkan panduan menduduki temuduga di bawah untuk kemudahan anda, ia mengandungi koleksi hampir 250 soalan temuduga dan skema jawapan:

>> Panduan Menduduki Temuduga Sektor Awam

Panduan ini adalah umum (tetapi amat sesuai untuk dimanfaatkan calon-calon temuduga Juruaudio Visual Gred N17) dan boleh digunakanpakai untuk semua jenis jawatan kerajaan yang dipohon. Ia sebuah pakej lengkap kerana mengandungi banyak topik mustahak kepada seorang calon temuduga seperti apakah soalan lazim yang ditanya, apakah pula skema jawapan yang sesuai, cara menangani situasi cemas ketika temuduga berlangsung, etika pemakaian yang betul dan beberapa topik penting lagi.

Selamat menduduki temuduga Juruaudio Visual Gred N17 daripada kami dan semoga berjaya!

---------

P/s: Sila kongsikan tips ini jika anda rasa ia bermanafaat untuk rakan lain.

7 comments:

  1. salam macam mane nak apply jawatan ini??

    ReplyDelete
  2. doakan sy berjaya dpt jawatan ini,15,5,2015 interview kat melaka, harap dipermudahkan

    ReplyDelete
  3. Mcm mne result interview??berjaya ke??

    ReplyDelete
  4. Baru lepas interview result SIMPANAN LANTIKAN tunggu jela giliran kekosongan...

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Ade lagi tk permohonan untuk saya dalam bidang audio visual

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!