Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Kerjaya Sebagai Jururawat Pergigian Gred U29

Panduan Jururawat Pergigian U29Kepada pembaca Blog Tips Kerjaya yang terdiri daripada gadis-gadis manis. Berita baik. Hari ini cerita kita adalah tentang kerjaya sebagai seorang Jururawat Pergigian.

Kerjaya ini dikhaskan untuk perempuan sahaja. Sekiranya anda berjaya dalam peperiksaan dan cemerlang semasa temuduga anjuran SPA, anda akan menjalani latihan selama 3 tahun selepas itu. Semasa latihan anda akan di berikan biasiswa sebanyak RM621.21 sebulan untuk menampung kos sara hidup dan untuk kegunaan sepanjang pengajian.

Sehingga kini satu sahaja tempat latihan yang disediakan oleh KKM iaitu di Pusat Pergigian Kanak-kanak dan Kolej Pergigian Malaysia, Pulau Pinang. Jadi kepada semua gadis warganegara Malaysia jangan lepaskan peluang ini.

- Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.

- Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

Kelayakan umum memohon , mestilah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Keutamaan akan diberikan kepada calon yang:
1. Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik;

2. Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan;

P/s: Kepada bakal-bakal nurse sekalian. Selamat memohon dan semoga berjaya.. :)

Oh.. ya, jika anda mencari panduan kerjaya jururawat kami cadangkan sebuah panduan yang baik untuk anda. Ia memang sesuai dijadikan rujukan utama.



Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!