[KUIS] Iklan Jawatan Kosong - Pentadbiran - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

[KUIS] Iklan Jawatan Kosong - Pentadbiran


Pada masa ini KUIS - Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor seang menawarkan kekosongan jawatan bahagian pentadbiran seperti yang berikut:

1. PEGAWAI PENYELIDIK GRED Q41

Kelayakan:
• Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Al-Quran dan As-Sunnah (pengkhususan dalam pengajian hadis) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
• Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia; dan
• Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya dua (2) tahun di dalam bidang berkaitan.

2. PEGAWAI SISTEM MAKLUMAT GRED F41

Kelayakan :
• Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Sains Komputer/ Kejuruteraan Komputer/ Teknologi Maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
• Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan; dan
• Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya dua (2) tahun dalam:
a. Mengendalikan Oracle 10g’s database; atau
b. Menyelenggara server (apache, database, clustering, load-balancing dan firewall).
c. Membangunkan sistem menggunakan Oracle Forms and Report.

3. PEGAWAI RUNDINGCARA / KAUNSELOR GRED S41

Kelayakan:
• Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Psikologi atau Bimbingan & Kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
• Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia; dan
• Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya dua (2) tahun di dalam bidang berkaitan serta berdaftar sebagai Kaunselor dengan Lembaga Kaunselor Malaysia;
• Keutamaan kepada pemohon yang pernah berkhidmat dengan Institusi Pengajian Tinggi.

4. PUSTAKAWAN GRED S41

Kelayakan:
• Ijazah Sarjana Muda Kepujian (dengan pengkhususan dalam bidang sains perpustakaan) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
• Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan; dan
• Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya dua (2) tahun di dalam bidang berkaitan.


5. PENOLONG JURUTERA (MEKANIKAL/ SIVIL/ PENYELENGGARAAN BANGUNAN) GRED J29

Kelayakan:
• Diploma dalam bidang Kejuruteraan (Mekanikal) / Kejuruteraan (Awam) / Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf dengannya; dan
• Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan; dan
• Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya dua (2) tahun di dalam bidang berkaitan.

6. JURUTEKNIK (UKUR BAHAN) GRED J17

Kelayakan:
• Mempunyai Sijil di dalam bidang Ukur Bahan daripada IPT/ Politeknik/ IKBN/ ILP atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
• Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan; dan
• Keutamaan kepada pemohon yang mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya dua (2) tahun di dalam bidang berkaitan.

7. PELUKIS PELAN GRED J17

Kelayakan:
• Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 atau Tahap 3 dalam bidang Pelukis Pelan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
• Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan; dan
• Keutamaan kepada pemohon yang mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya dua (2) tahun di dalam bidang berkaitan.

8. JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT17

Kelayakan:
• Calon LELAKI yang mempunyai Sijil Penyelenggaraan Komputer atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
• Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan; dan
• Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya enam (6) bulan dalam:
a. Mengendalikan peralatan dan perisian audio visual serta multimedia; atau
b. Menyelenggara komputer, printer, perkakasan dan perisian.
c. Keutamaan kepada pemohon yang berkebolehan dalam peralatan dan perisian audio visual.

9. PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11

Kelayakan :
• Sijil Rendah Pelajaran /Penilaian Menengah Rendah/ Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
• Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya satu (1) tahun di dalam bidang berkaitan;

Bagi Pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
• Berumur TIDAK MELEBIHI 45 tahun pada tarikh iklan ini dikeluarkan serta berpangkat Sarjan ke bawah; dan
• Berpencen atau sekiranya tidak berpencen, tempoh perkhidmatan dengan ATM perlu melebihi 12 tahun ke atas.
• Keutamaan kepada pesara Angkatan Tentera Darat (ATM), Bahagian Operasi.


10. PEMANDU (KENDERAAN BERMOTOR) GRED R3

Kelayakan :
• Tamat darjah 6 Sekolah Rendah Bantuan Penuh Kerajaan; dan
• Memiliki lesen memandu kelas D dan E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ); serta (jika ada)
• Memiliki sijil PSV (Public Service Vehicle) dan GDL (Good Driving License); dan
• Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik; dan
• Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya dua (2) tahun di dalam bidang berkaitan.


11. PEMBANTU AM RENDAH/ PEMBANTU AM PEJABAT GRED N1

Kelayakan :
• Tamat darjah 6 Sekolah Rendah Bantuan Penuh Kerajaan; dan
• Berkebolehan menjalankan kerja- kerja penyelenggaraan awam dan perabot;
• Berkebolehan melaksanakan kerja-kerja pejabat seperti Filing, Fotostet dan berkaitan.
• Mempunyai kemahiran asas dalam penggunaan perisian Microsoft Office seperti Microsoft Word dan Microsoft Excel.


CARA MEMOHON:

1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor yang disediakan.

2. Pemohon yang telah memohon lebih daripada tiga (3) kali dalam tempoh 3 tahun tidak digalakkan memohon.

3. Sila catatkan nama jawatan, bidang pengkhususan/sesi pengambilan (akademik sahaja) di bahagian atas sebelah kiri sampul surat permohonan

4. Permohonan yang tidak mencatatkan jawatan yang dipohon atau bidang pengkhususan serta dokumen yang tidak lengkap tidak akan diproses

5. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas 12 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

6. Sila kemukakan permohonan kepada..

Ketua
Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia
Pejabat Pendaftar
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Bandar Seri Putra 43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan


P/s: Tarikh tutup permohonan ialah pada 7 August 2011.

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!