[KUIS] Iklan Jawatan Pensyarah DK45 Dan DK51 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

[KUIS] Iklan Jawatan Pensyarah DK45 Dan DK51


Pada masa ini Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor sedang menanti permohonan daripada individu yang berkelayakan dan berhemah tinggi untuk mengisi kekosongan jawatan seperti yang di bawah:

A. JAWATAN: PENSYARAH GRED DK45, DK51 [TETAP / KONTRAK]

KELAYAKAN:
• Kelulusan minimum Ijazah Sarjana dari universiti-universiti tempatan dan luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan kecuali dinyatakan keperluan kelulusan lain; dan

• Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan; dan

• Keutamaan akan diberi kepada;

1. Pemohon yang mempunyai Ijazah Kedoktoran Falsafah (Phd);

2. Berpengalaman di dalam pengajaran dan pembelajaran.

• Syarat- syarat umum di atas adalah diperlukan mengikut bidang kecuali ia dinyatakan secara spesifik di dalam kolum tertentu.

• Semua bidang-bidang akademik yang dinyatakan di bawah adalah dibuka untuk jawatan SEPENUH MASA sahaja.


B. JAWATAN: PENGAJAR KLINIKAL GRED U31 [TETAP/KONTRAK]

KELAYAKAN:
• Kelulusan minimum Diploma Kejururawatan dari universiti-universiti tempatan dan luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan kecuali dinyatakan keperluan kelulusan lain: dan

• Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan; dan

• Berpengalaman di dalam pengajaran dan pembelajaran akan diberi keutamaan; dan

• Bersedia untuk ‘posting’ klinikal di mana-mana hospital di Malaysia.

• Bidang akademik yang dinyatakan di bawah adalah dibuka untuk jawatan SEPENUH MASA dan SAMBILAN.

Hantarkan permohonan anda ke alamat:

Ketua
Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia
Pejabat Pendaftar
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Bandar Seri Putra 43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan


P/s: Tarikh tutup permohonan ialah pada 15 August 2011.

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!