Majlis Perbandaran Nilai - Iklan Jawatan Kosong - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

Majlis Perbandaran Nilai - Iklan Jawatan Kosong

IKLAN JAWATAN KOSONG
MAJLIS PERBANDARAN NILAI
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Majlis Perbandaran Nilai dengan ini mempelawa kepada rakyat Malaysia, khusunya penduduk tetap Negeri Sembilan untuk memohon jawatan yang sedang diiklankan seperti yang berikut:

A. JURUTERA AWAM - GRED J41 (1 Kekosongan)

B. JURUTEKNIK AWAM – GRED J17 (2 Kekosongan)

C. PEMBANTU TADBIR - GRED N17 (LELAKI SAHAJA) (1 Kekosongan)

CARA - CARA MEMOHON
(i) Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Permohonan Jawatan(MPN. 1/01) yang boleh didapati daripada Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia Majlis Perbandaran Nilai berharga RM1.00 atau mengirimkan sampul surat berukuran 22 cm x 35 cm bersetem 60 sen yang beralamat sendiri berserta wang kiriman pos bernilai RM1.00.

Borang yang lengkap diisi hendaklah ditulis nama jawatan di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan dikirimkan ke alamat berikut :-

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN NILAI
NO. 1, KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSIARAN PUSAT BANDAR, PUTRA NILAI
PETI SURAT 52
71800 NILAI
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

(ii) Pemohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan mestilah mengemukakan borang permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan masing-masing dan hendaklah disertakan dengan Salinan Penyata Rekod Perkhidmatan yang kemaskini serta Laporan Penilaian Prestasi Terkini.

(iii) Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan, sijil lahir, sijil-sijil persekolahan, kelulusan akademik, transkrip keputusan peperiksaan semua semester;

(iv) Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak mengikut syarat di atas tidak akan dipertimbangkan;


P/s: Tarikh tutup permohonan ialah pada 05 OGOS 2011 ini. Maklumat lanjut boleh didapati di laman rasmi Majlis Perbandaran Nilai ini.

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!