Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Pekerja Asing Rajin - Pekerja Tempatan Malas?

"Tanggapan pekerja asing lebih rajin dan komited menjadi punca sebahagian besar majikan memilih mendapatkan pekerja asing berbanding pekerja tempatan"




Adakah tanggapan ini benar?

Perkara ini harus dihalusi dan difikirkan dengan teliti. Kalau menurut bukti dan senario semasa, hmm.. Nampaknya ia lebih mengarah kepada menyokong kenyataan ini.

Barangkali kata Presiden Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Samsudin Bardan ini boleh menyikgap keadaan sebenar - majikan sering beranggapan pekerja asing lebih bersikap positif dan tidak banyak kerenah terhadap kerja dan mudah diminta bekerja lebih masa.

Disebabkan itu, beberapa tindakan yang kurang disenangi pekerja tempatan dilakukan misalnya ada majikan mengambil tindakan tidak wajar dengan menawarkan skim pemisahan sukarela (VSS) kepada kakitangan tempatan untuk membuka ruang kepada pekerja asing terbabit.

Langkah ini tidak salah sebenarnya, cuma amat merugikan pekerja sendiri dan melanggar hasrat peraturan pekerjaan.

Apa pendapat anda?

Patutkah kita menyalahkan majikan atau kerajinan pekerja asing?

Atau patutkah kita menilai diri sendiri atas sikap malas dan memilih kerja rakyat tempatan sendiri?

P/s: Tepuk dada, tanya selera.. :)

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!