Pekerja Cemerlang Aset Penting Organisasi! - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

Pekerja Cemerlang Aset Penting Organisasi!

Setiap warga organisasi mesti faham makna bekerja. Secara ringkasnya de! nisi kerja ialah tugas dan tindakan untuk menuju matlamat dengan disokong oleh persekitaran yang menggalakkan dengan jaminan masa depan serta pelbagai peluang untuk kejayaan diri.

Sementara organisasi pula ditakrifkan sebagai jentera yang menggembelingkan kerja dan tenaga manusia untuk mencapai sesuatu matlamat. Oleh itu sesebuah organisasi itu mempunyai matlamat, objektif , strategi , peraturan dan budayanya yang tersendiri dan khusus.

Organisasi ( majikan ) memberikan kita sebagai pekerja pelbagai latihan, nasihat / tunjuk ajar, peralatan dan kaedah untuk menghasilkan produk, juga memberikan kita pelbagai penghargaan, ganjaran dan juga jaminan keselamatan dan kebajikan.

Sebagai balasannya majikan semestinya mengharapkan kerja yang berkualiti , kesetiaan, iltizam yang tinggi dan pekerja yang boleh diharap serta ikhlas menjalankan tanggungjawab yang sudah, sedang dan akan diamanahkan.

Ada lima prinsip yang mesti diamalkan oleh organisasi terbilang – pekerja cemerlang. Prinsip itu ialah :

TAQARUM
Wujudkan budaya hormat menghormati kepada peraturan organisasi, hormat warga organisasi tidak kira apa jua pangkatnya, ucapkan salam, selamat pagi/ petang atau apa saja yang sesuai dalam masyarakat yang berbilang bangsa dan agama ini.

TAFAHUM
Wujudkan sikap saling memahami peranan, tugas, matlamat, objektif organisasi dan warganya.

TASAMUH
Saling bertimbang rasa kerana manusia dicipta berlainan citarasa.

TAAWUN
Saling tolong menolong.

TAKAFUL
Tanggungjawab bersama. Organisasi kita tanggungjawab kita.


Oleh: Mohamad Hata Ghazali

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!