Peluang Kerjaya Julai 2011 Di Yayasan Pahang - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

Peluang Kerjaya Julai 2011 Di Yayasan Pahang

kerja kosong di yayasan pahangYayasan Pahang yang dinaungi oleh YAB Dato' Sri Haji Adnan bin Haji Yaakob selaku Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah semakin mantap dengan penubuhan anak-anak syarikat YP Plantations Sdn. Bhd, IKIP Education dan Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Pahang yang mempunyai misi dan visinya tersendiri bagi mengukuhkan lagi kedudukan Yayasan Pahang dalam bidang pendidikan.

Setelah 25 tahun beroperasi, Yayasan Pahang kini telahpun berupaya mempunyai kompleks pentadbirannya sendiri yang terletak di Tanjung Lumpur, Kuantan. Kompleks yang menjadi mercu tanda bandar Kuantan ini akan memantapkan lagi usaha Yayasan Pahang melahirkan modal insan cemerlang, matang dan seimbang yang agen penting bagi menjayakan Wawasan 2020 negara.

Terbaharu Yayasan Pahang telah mengiklankan dua jawatan kosong yakni:

1. Jawatan kosong sebagai Pemandau PASFA

2. Jawatan kosong Pengurus Operasi Perladangan Sawit PASFA

>> syarat dan kelayakan permohonan Yayasan Pahang <<

P/s: Tarikh tutup permohonan ialah pada 20 Julai 2011 (hari Rabu ini). Jadi kepada warga Pahang, jangan lepaskan peluang ini!

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!