Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


[SPA Johor] - Iklan Jawatan Pegawai Tadbir N41


JAWATAN KOSONG KERAJAAN NEGERI JOHOR

SYARAT ASAS:
Rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim atau warganegara Malaysia yang telah menduduki Negeri Johor tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut dan berumur tidak kurang dari 18 tahun.

SYARAT LANTIKAN:
(i) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(ii) Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(iii) Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

CARA-CARA MEMOHON:
1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang asal SPAJ.01 yang boleh di muat turun daripada laman web rasmi SPA Johor.

2. Borang-borang yang sempurna diisi hendaklah disertakan gambar berukuran pasport terkini dan juga SALINAN PHOTOSTAT Sijil Beranak, Kad Pengenalan, Sijil Keputusan Peperiksaan-Peperiksaan, Diploma atau Ijazah beserta salinan transkrip yang lengkap yang telah diakui salinan sah (Kumpulan A – Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Kumpulan B- Kumpulan Sokongan I) dan dicatatkan nama jawatan berkenaan di penjuru kiri atas setiap sampul surat. [Sekiranya permohonan tidak disertakan syarat sepertimana yang di atas, pihak kami akan menolak permohonan tersebut].

3. Bagi kelayakan Ijazah/Diploma/Sijil perlu mendapat pengiktirafan kelayakan di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui laman web interaktif JPA http://www.interactive.jpa.gov.my/frmMainktiraf.asp dan melampirkan bersama borang permohonan.

4. Pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat (Tetap dan Kontrak) hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan dan pastikan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Prestasi disertakan bersama.

5. Hanya calon-calon yang berkelayakan selepas lulus peperiksaan yang akan dijalankan dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil untuk temuduga. [Sekirannya pemohon tidak menerima sebarang jawapan selepas (6) enam bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.

Nota: Calon-calon dikehendaki menyatakan semua kelayakan yang ada semasa memohon apa jua jawatan yang diiklankan. Kelayakan tersebut hendaklah diisi didalam borang SPAJ. 01.

PERMOHONAN HENDAKLAH DIHANTAR KEPADA:

Setiausaha,
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor,
Aras 3, Blok A, Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak,
Kota Iskandar, 79000 Nusajaya,
Johor Darul Ta’zim.



P/s: Sebelum atau pada 5 Ogos 2011

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!