[Tabung Haji] Jawatan Pengurus Keselamatan - Kontrak - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

[Tabung Haji] Jawatan Pengurus Keselamatan - Kontrak

Seiring dengan visi dan misi TH, permohonan adalah dibuka kepada Warganagera Malaysia (Islam) yang berkelayakan bagi mengisi jawatan seperti berikut:-

1. PENGURUS KESELAMATAN | KONTRAK |

1.1. TANGGUNGJAWAB
i. Membantu merangka, merancang, melulus serta memantau keseluruhan perjalanan aktiviti pentadbiran, operasi dan latihan Bahagian Keselamatan dan anggota-anggotanya di seluruh Malaysia..

ii. Merancang perbelanjaan dan bajet tahunan keseluruhan pengurusan Bahagian Keselamatan.

iii. Memantau perlaksanaan polisi-polisi yang telah digubal serta keseluruhan operasi dan pentadbiran berjalan dengan lancer.

1.2. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Kelayakan Akademik:
i. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; DAN

ii. Kepujian dalam Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Kelayakan Fizikal

i. Tinggi sekurang-ku rang nya 1.63m bagi lelaki dan 1.57m bagi wanita tanpa bersepatu;

ii. Berat badan seku rang-ku rang nya 50kg calon lelaki dan 48kg bagi calon wanita (BMI normal antara 19 hingga 24);

iii. Ukuran lilitan dada biasa 81cm dan 86cm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);

iv. Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata/sebarang alat bantuan;

v. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat. DAN;

vi. Diakui sihat oleh pegawai perubatan kerajaan termasuk pemeriksaan x-ray.

Pemohon-pemohon yang berminat boleh menghantar ‘ resume’ beserta sijil-sijil akademik dan sijil-sijil lain yang berkaitan dan sekeping gambar terkini berukuran pasport serta menulis nama jawatan yang dipohon pada ‘resume’ dan sampul surat selewat–lewatnya sebelum atau pada hari Jumaat, 29 Julai 2011, jam 5.00 petang ke:-

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Lantai 27, Lembaga Tabung Haji,
201 Jalan Tun Razak,
Peti surat 11025, 50400 Kuala Lumpur.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 29 Julai 2011

P/s: Mungkin panduan menulis resume kerja lengkap yang kami kongsikan ini beguna buat anda.

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!