Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Tips - Resume Yang PASTI Memikat Bakal Majikan!


Percayakah anda, resume adalah perkara kedua yang paling penting selepas keputusan cemerlang anda untuk mencari pekerjaan?

Bertahun lamanya anda bertungkus-lumus memperbaiki keputusan anda semasa belajar. Anda pernah nyaris-nyaris gagal dan hampir dibuang tetapi anda berjaya habiskan juga pengajian anda. Ada yang lain pula memang cemerlang sedari awal masuk institusi sehinggalah tamat pengajian.

Tapi itu tidak penting. Anda cemerlang atau tidak, semasa memerlukan pekerjaan, skill menulis resume inilah yang perlu anda tumpukan kerana bukan semua daripada anda yang cemerlang mampu memberi keyakinan yang tinggi kepada bakal majikan. Dan anda tidak perlu terkejut jika ada graduan yang kurang cemerlang keputusannya mampu meraih kerja yang hebat hasil daripada penulisan resume dan skill menjawab soalan temuduganya yang benar-benar mantap.

Saya berikan satu contoh - menyanyi. Saya percaya ramai di antara anda yang boleh menyanyi dengan baik dan sedap didengar. Ini bermakna anda menyanyi dengan nada dan rentak yang betul. Ada yang bersuara tinggi dan ada yang rendah. Kepelbagaian nod dan intonasi dalam nyanyian mampu buatkan sesebuah lagu itu sedap didengar. Cuba anda nyanyi satu lagu tanpa mengikut liuk-lentok iramanya – saya jamin tiada sesiapa pun yang mahu mendengarnya!

Begitu juga dengan penulisan resume. Penulisan resume tanpa perancangan akan menghasilkan satu resume yang mendatar. Tiada yang menarik, tiada irama, tiada yang lain. Dalam erti kata lain ia adalah resume yang sama sahaja dengan lain-lain resume. Sebagai majikan, perkara itu membuatkan perasaan muak dan jemu muncul. Majikan bukannya terpaksa melihat resume anda seorang tetapi beribu lain resume lain!

Sematkan ini dalam ingatan:

Misi anda adalah mendapatkan pekerjaan pertama anda. Sebelum anda diterima bekerja di sesebuah organisasi tempat kerja anda perlu mempromosikan diri anda sehabis baik untuk memastikan bakal majikan tertarik dan ingin mengambil anda. Segala yang hebat tentang diri anda seperti pencapaian memerlukan teknik penulisan yang betul untuk MEMIKAT bakal majikan.

Apakah yang dimaksudkan dengan resume ‘memikat’ itu pula?

Pastikan keseluruhan isi kandungan resume anda memenuhi citarasa dan mesra majikan. Sehinggakan majikan boleh jatuh hati pada pertama kali memandang sepintas lalu resume anda dan tidak sabar untuk memanggil anda ke temuduga. Seolah-olah jawatan yang anda mohon itu memang disediakan untuk anda. Resume anda pada pandangan majikan menggambarkan diri anda yang sebenar. Pendek kata, apa sahaja yang majikan mahu, ada dinyatakan dengan jelas dan indah di dalam resume anda.

Cuba fikirkan:.

Anda meletakkan pertaruhan diri ke dalam sehelai kertas, sudah sewajarnya anda menulis segala informasi yang berkaitan diri anda seperti pencapaian dan tahap pengajian anda dengan sebaik yang anda mampu. Tambahkan elemen-elemen memikat di dalam resume anda. Dengan ini, kebarangkalian majikan menolak resume anda adalah rendah. Inilah sasaran UTAMA anda sebenarnya - untuk meyakinkan bakal majikan buat pertama kalinya!

Setelah bakal majikan berjaya diyakinkan, beliau akan tertarik dengan anda dan berminat untuk mengetahui orangnya dengan lebih lanjut. Di sinilah timbulnya panggilan ke temuduga. Untuk ke temuduga, resume adalah perkara pertama yang perlu ditonjolkan.

Jadi, lakukanlah kajian tentang kemahuan syarikat yang anda mohon kerja itu terlebih dahulu. Kemudian penuhi kemahuannya melalui resume anda. Inilah yang anda perlu tekankan jika anda ingin meraih pekerjaan yang hebat dan gaji yang lumayan. Keikhlasan anda menulis resume dengan skil yang diasah anda mampu lakukan sesuatu yang terbaik untuk masa depan anda. InsyaAllah.

Akan tetapi terdapat beberapa perkara yang perlu anda tahu 'rahsianya'. Rahsia yang akan membuatkan bakal majikan terkunci dengan resume anda. Saya yakin anda mampu lakukan yang terbaik demi masa depan anda. Resume yang hebat akan membantu anda mendapat pekerjaan yang anda idamkan.

Mencari rahsia memang memenatkan. Lagipun tiada orang yang akan mendedahkan rahsia yang hebat dan cukup berguna kepada semua orang dengan sukarela melainkan anda membeli 'kepakaran' dan 'rahsia' mereka. Inilah salah satu kegunaan wang yang amat bagus. Ia boleh membeli perkara yang sulit dan tidak akan didedahkan dengan percuma. Jika anda mahu menggunakan kuasa wang anda itu, saya akan bocorkan satu rahsia (untuk anda yang sanggup sahaja). Sebenarnya terdapat satu panduan 'Menulis Resume Kerja'. Cuba lihat dahulu adakah ia menepati keperluan anda.



(klik imej eBook  untuk mengetahui apakah kandungannya)

P/s: Kalau anda memang sedang mencari kerja. Mahu atau tidak, panduan ini akan menjadi satu kemestian. Kerana 90% majikan di Malaysia mewajibkan pemohon menghantarkan resume terlebih dahulu sebelum mereka memanggil temuduga senarai calon yang layak!

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!