Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


[UiTM Perak] - Tiga Kekosongan Jawatan

Pada masa ini, Universiti Teknologi MARA (Perak) sedang mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang yang berkaitan, beriltizam dan berbudi luhur untuk mengisi kekosongan jawatan di Universiti Teknologi MARA (Perak). Dimaklumkan terlebih dahulu bahawa pengisian kekosongan jawatan ini adalah secara kontrak.





1. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
(i) diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred F29:P1T1); atau

(ii) diploma dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred F29:P1T2)

2. Penolong Jurutera (Awam) J29
diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred J29 : P1T2)

3. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29
Diploma Kesihatan Persekitaran daripada institusi-institusi latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya,
(Gaji permulaan ialah pada Gred U29: P1T6)

Cara mengemukakan permohonan adalah seperti berikut:
(a) Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan UiTM yang boleh didapati dengan datang sendiri ke Pejabat Pentadbiran, Universiti Teknologi MARA (Perak), Seri Iskandar, Perak atau dengan melayari laman sesawang Universiti Teknologi MARA (Perak).

(b) Setiap permohonan yang dihantar hendaklah ditulis nama jawatan yang dipohon disebelah kiri (atas) sampul surat.

(c) Tarikh tutup permohonan ialah pada hari Jumaat, 05 Ogos 2011

Sila kemukakan permohonan kepada:

TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) PERAK
KAMPUS SERI ISKANDAR
32610 BANDAR SERI ISKANDAR
PERAK DARUL RIDZUAN

NO.TEL: (05) 374 2042 / 2044 / 2045


P/s: Semoga berjaya kepada yang berminat..

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!