Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


[UNIMAP] Jawatan Kosong Pensyarah Gred DS45

Kekosongan jawatan ini adalah terbuka sepanjang masa..

Berikut adalah tangga gaji yang ditawarkan:

P1T1 RM 2,546.05 - P1T21 RM 5,484.96
P2T1 RM 2,642.06 - P2T21 RM 5,788.25
P3T1 RM 2,742.25 - P3T21 RM 6,113.85

Bidang yang digalakkan:

Fabrikasi Mikroelektronik, Rekabentuk IC & MEMs, Kejuruteraan Komputer, Kejuruteraan Perhubungan, Rangkaian Komputer, Mekatronik, Sistem Pembuatan, Sistem Elektrik, Kejuruteraan Bahan & Metalurgi, Elektronik Kuasa, Matematik Kejuruteraan, Kejuruteraan Bioproses, Kejuruteraan Alam Sekitar, Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan, Rekabentuk Produk, Kejuruteraan Mekanikal, Kewangan, Perakaunan, Undang-undang Perniagaan), TESL (Teaching English as a Second Language), Kejuruteraan Perisian, Kejuruteraan Polimer, Kejuruteraan Bangunan, Kejuruteraan Biosistem (Pertanian, Kejuruteraan Elektronik Industri, Kejuruteraan Fotonik, Kejuruteraan Nanoelektronik, Kejuruteraan Nano Biochip dan Kejuruteraan Kimia.

Syarat Lantikan :
1. Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred DS45 : P1T1); ATAU

2. Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred DS45 : P1T4); DAN

3. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

4. Calon-calon yang mempunyai pengalaman dengan sektor industri, adalah digalakkan memohon.


Borang permohonan yang telah lengkap diisi boleh dialamatkan kepada:

PENDAFTAR
UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)
TINGKAT 1, BANGUNAN KWSP
JALAN BUKIT LAGI
01000 KANGAR
PERLIS

Sila catatkan nama jawatan yang dipohon di bahagian atas sudut kiri sampul surat!

P/s: Untuk lain-lain jawatan yang diiklankan oleh Univerisiti Malaysia Perlis (UNIMAP), sila lihat di sini.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!