Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, baca cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Apakah Tugas Seorang Juruteknologi Makmal Perubatan U29?

Juruteknologi Makmal Perubatan U29

Bidang tugas Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP) sebenarnya agak luas, ianya diamalkan di hospital kerajaan dan swasta dalam pelbagai jabatan perubatan dan kesihatan seperti:

- Jabatan Patologi.
- Jabatan Imunohematoogi (Perkhidmatan Penabungan dan Pemindahan Darah).
- Institusi Penyelidikan.
- Universiti-universiti.
- Institutsi-institusi Perubatan/Kesihatan Kerajaan dan Swasta.
- Makmal-makmal Patologi Swasta.

Kelayakan asas untuk memohon jawatan ini ialah:

1. warganegara Malaysia;

2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

3. diploma Teknologi Makmal Perubatan daripada Kolej Teknologi Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

4. lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Antara lain tugas seorang Juruteknologi Makmal Perubatan dari segi penyelidikan dan pentadbiran adlaah:

1. Penyelidikan

i. Mengambil contoh-contoh untuk kajian daripada pesakit-pesakit dan binatang-binatang.

ii. Menyediakan ujian dan simpanan reagcut, media, standard solution suspension dan lain-lain.

iii. Membantu kerja-kerja pembedahan mayat yang berkaitan undang-undang.

2. Pentadbiran

i. Menerima, merekod dan mengirim contoh-contoh untuk ujian.

ii. Menyelenggara perjalanan, pembersihan dan meminyakkan alat-alat kelengkapan makmal.

iii. Membantu dalam pemesanan bekalan dan menyimpan senarai alat-alat kelengkapan (inventory).

iv. Mengemukakan semua laporan keputusan ujian dan menyimpan peraturan-peraturan yang dijalankan dan keputusan ujian-ujian yang diperolehi bagi perkhidmatan, penyelidikan dan pengajian.

v. Memangku dan mengambil tanggungjawab Juruteknologi Makmal Perubatan Tingkatan Khas semasa ketiadaan beliau.

vi. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke masa.

Anda dipanggil ke temuduga Juruteknologi Makmal Perubatan U29?

Bagi mereka yang pertama kali menduduki sesi temuduga, pasti belum tahu apakah situasi yang berlaku dan bagaimana menanganinya. Kami cadangkan panduan menduduki temuduga di bawah untuk kemudahan anda, ia mengandungi koleksi hampir 250 soalan temuduga dan skema jawapan:

>> Panduan Menduduki Temuduga Sektor Awam

Panduan ini adalah umum (tetapi amat sesuai untuk dimanfaatkan calon-calon temuduga Juruteknologi Makmal Perubatan U29) dan boleh digunakanpakai untuk semua jenis jawatan kerajaan yang dipohon. Ia sebuah pakej lengkap kerana mengandungi banyak topik mustahak kepada seorang calon temuduga seperti apakah soalan lazim yang ditanya, apakah pula skema jawapan yang sesuai, cara menangani situasi cemas ketika temuduga berlangsung, etika pemakaian yang betul dan beberapa topik penting lagi.

Selamat menduduki temuduga Juruteknologi Makmal Perubatan U29 daripada kami dan semoga berjaya!

----------------

P/s: Sekiranya anda mendapati maklumat ini berguna kepada rakan lain, kami alu-alukan anda berkongsikannya bersama rakan lain yang mungkin mendapat manfaat daripadanya dengan meminta mereka merujuk ke blog ini.



Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!