Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


[Bonus Untuk Penjawat Awam] - Duit Raya 2011!


Berita mengembirakan ini telah diumukan oleh PM Najib Razak. Para pembaca blog ini yang sudah bergelar penjawat awam pasti merasa senang hati mendengarnya. Tambah-tambah lagi di tengah-tengah trend kenaikan harga barangan dan kos perkhidmatan yang seolah tidak dapat dibendung sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Pengumumkan oleh pihak kerajaan ini sedikit sebanyak mampu meringankan bebanan yang ditanggung oleh rata-rata kakitangan kerajaan. Seperti yang telah diberitakan, para pesara kerajaan bakal mendapat RM500 sementara kakitangan yang sedang berkhidmat pula layak diberikan setengah bulan bonus. Bergantung kepada gaji asas penjawat berkenaan.

InsyaAllah bayaran bonus ini akan dilakukan bermula pada pertengahan bulan Ramadhan ini. Kita menjangkakan ianya mulai dibayar pada 15hb Ogos 2011 secara berperingkat.

Menurut PM, "pemberian bonus dan bayaran khas itu akan membabitkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion".

Satu usaha yang baik dan boleh dipuji.. :)

P/s: Sila kongsikan berita baik ini kepada rakan lain dengan meminta mereka merujuk ke blog ini. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!