Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


[JAIK] - 9 Jawatan Kosong DC41


JAIK - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman baharu sahaja mengeluarkan iklan jawatan kosong pada 02 Ogos yang lalu. Dalam surat Pengarah JAIK menyatakan sekali bilangan kekosongan dan kelayakan yang diperlukan. Berikut adalah butiran penuh..

a. TAHFIZ AL-QURAN (3 kekosongan)
b. PENDIDIKAN ISLAM / BAHASA ARAB (3 kekosongan)
c. AKADEMIK (3 kekosongan)

1. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Kerajaan yang sedang berkhidmat yang mempunyai kelayakan seperti berikut untuk dilantik ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DC 41 (Sementara) di JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN. Calon-calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) i Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Al-Quran / Pengajian Islam dan Bahasa Arab / Sains / Sastera yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institut-institut pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

DAN (d) Kepujian dalam Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

4. Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang PPP/PDDK/2011.


5. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (sementara) yang sedang yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan mengikut Perintah Am Bab ‘A’ 21.

6. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah TIDAK LEWAT daripada 21 OGOS 2011 di alamat berikut;

PENGARAH
JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM
NEGERI KEDAH DARUL AMAN,
BANGUNAN WAN MAT SAMAN, JALAN RAJA, 05676 ALOR SETAR.
(U.P.: BAHAGIAN PENDIDIKAN)

P/s: Sila sebarkan peluang ini kepada rakan lain yang mungkin berminat dengan meminta mereka merujuk ke blog ini. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!