Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


[JK] - Kerja Kosong Jabatan Kewangan Pulau Pinang

IKLAN JAWATAN KOSONG
DI JABATAN KEWANGAN NEGERI PULAU PINANG

Jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat

(1) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
(2) Gred Jawatan : F29
(3) Taraf Jawatan : Sambilan
(4) Gaji : RM72.00 sehari
(5) Kekosongan : 1 Kekosongan

Jawatan ini bertaraf sambilan dan tempoh bertugas selama 6 bulan sahaja. Gaji akan dikira dan dibayar secara harian.

Sekiranya anda memiliki diploma dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya, anda dipelawa memohon.

Caranya:-
Semua permohonan hendaklah mengemukakan maklumat lengkap peribadi dan pengalaman kerja serta sijil-sijil kelulusan yang berkaitan.

Permohonan lengkap berserta gambar boleh dikemukakan kepada :

Y.B. Pejabat Kewangan Negeri
Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang
Tingkat 23, KOMTAR
10990 PULAU PINANG
(u.p. : Unit Pentadbiran)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN SEBELUM ATAU PADA 15 OGOS 2011.

P/s: Sila sebarkan berita baik ini kepada rakan lain yang berminat dengan meminta mereka merujuk ke blog ini. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!