[MAIJ] - 7 Kekosongan Jawatan Terkini! - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

[MAIJ] - 7 Kekosongan Jawatan Terkini!

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR
IKLAN JAWATANKOSONG




Berikut adalah kekosongan jawatan yang sedang diiklankan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor:

1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41 (Guru Tahfiz)
- Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Al-Quran dan Qiraat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

2. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S27 (wanita sahaja)
- Diploma dalam bidang pengajian Islam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-inst itusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

3. Pembantu Hal Ehwal Islam S17
- Sijil 1V Thanawi atau Sijil Tinggi Agama Malaysia daripada Sekolah Agama Bantuan Penuh Kerajaan.

4. Pembantu Tadbir (Kewangan) W17
- Sijil dalam bidang pengurusan perniagaan atau penyimpan kira-kira yang diikt iraf oleh kerajaan daripada politeknikpoliteknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

5. Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) N17
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

6. Penyelia Asrama N17 (wanita sahaja)
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

7. Pekerja Awam R1
- tamat Darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan.

- berkebolehan menjalankan bidang kerja berkaitan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini;

Nota: Kesemua jawatan yang diiklankan ini adalah bertaraf kontrak.

Cara memohon:

(a ) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Majlis Agama Islam Negeri Johor yang boleh didapati daripada Bahagian Sumber Manusia, Aras 5, Blok B, Pusat Islam Iskandar Johor Bahru atau pemohon boleh muat turun borang permohonan daripada laman web Majlis Agama Islam Negeri Johor di alamat http://www.maij.gov.my/

(b ) Permohonan melalui pos hendaklah menyertakan sampul surat berukuran 10 cm x 23 cm beralamat sendiri dan bersetemRM0.60.

(c ) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang dalam berkhidmat mestilah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan mengikut Perintah Am Bab ‘A’ Bil. 21 dan pastikan Laporan Penilaian Prestasi dan Penyata Perkhidmatan yang dikemaskini disertakan bersama-sama.

(d ) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan resume yang menarik, salinan sijil yang diakui sah dan juga gambar berukuran passport yang terbaru dan dialamatkan kepada :

Setiausaha
Majlis Agama Islam Negeri Johor
Pusat IslamIskandar Johor,
Tingkat 5, Blok B,
Jalan Masjid Abu Bakar,
80000 Johor Bahru.

(e ) Tarikh tutup permohonan ialah pada : 10 Ogos 2011.

Catatan:

(a ) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

(b ) Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tanggungjawab calon sendiri.

(c ) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menggangap permohonan tidak Berjaya.

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!