Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, baca cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


[Perbadanan Taman Negara Johor] - Iklan 14 Jawatan Dibuka!


Warga Johor Darul Ta'zim ini satu lagi peluang baik kepada anda. Berikut adalah iklan jawatan kosong yang dikeluarkan oleh Perbadanan Taman Negara Johor untuk anda isi:

1. PEGAWAI TADBIR N41
- Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

2. PEGAWAI HIDUPAN LIAR G41
-Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Zoologi atau Biologi atau Sains Perhutanan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

3. PEGAWAI PEMELIHARA HUTAN G41
- Ijazah Sarjana Muda Sains Perhutanan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusiinstitusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. ( Gaji Permulaan.

4. PENOLONG PEGAWAI HIDUPAN LIAR G27
- Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam atau Sains atau Perhutanan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusiinstitusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

5. PENOLONG PEMELIHARA HUTAN G27
- Diploma dalam bidang Perhutanan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

6. PENOLONG AKAUNTAN W27
- Diploma dalam bidang Pengajian Perdagangan, Perbankan atau Pengajian Perakauanan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

7. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N17
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

8. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT N17
- Sijil Pelajaran Malaysia dan lulus ujian mengambil trengkes atau nota pintas ( note taking ) dengan kederasan 20psm daripada rencana dan menaip salinan trengkas itu sederas 15psm dengan kesalahan tidak melebihi 4% atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

9. SETIAUSAHA PEJABAT N27
- Diploma Kesetiausahaan daripada Politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

10. PEMBANTU HIDUPAN LIAR G17
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan (badan tegap, tiada kecacatan dan boleh menggunakan senjata).

11. PEMBANTU LAUT A17
- Mate On Ships of Less Than 500 GT on Domestic Trade Voyages atau Engineer Officer of Less Than 750kW on Domestic and Near Coastal Voyages atau Master on Ship of Less than 500 GT on Domestic Trade Voyages atau kelayakan yang setaraf dengannya oleh kerajaan.

12. PEMANDU KENDERAAN R3
- Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan bermotor berkenaan dan Tamat Darjah 6 bantuan penuh kerajaan.

13. PEKERJA AWAM R1
- Tamat Darjah 6 sekolah rendah bantuan Penuh Kerajaan dan Berkebolehan menjalankan bidang kerja berkaitan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.

14. PENGAWAS HUTAN G11
- Sijil Rendah Pelajaran / Penilai Menengah Rendah serta Sijil Perhutanan Pengawas Hutan daripada Sekolah Latihan Perhutanan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Cara memohon:

( a ) Permohonan hendaklah dibuat dalam borang yang boleh didapati di alamat berikut:-

Pengurus Sumber Manusia,
Perbadanan Taman Negara Johor,
Tingkat 1, Bangunan Dato’ Mohamed Salleh Perang,
Kota Iskandar, 79575 Nusajaya,
Johor Darul Ta’zim.

Tel: 07-2237471
Fax: 07-2237472

( b ) Pemohon-pemohon juga boleh mendapatkan borang permohonan di Ibu Pejabat Perbadanan Taman Negara Johor atau melalui pos dengan menyertakan sampul surat berukuran 32sm x 22sm beralamat sendiri dan dilekatkan dengan setem RM0.50.

( c ) Semua maklumat yang diisi dalam borang hendaklah ditulis dengan jelas dan terang dengan HURUF BESAR.

( d ) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran paspot, salinan kad pengenalan, salinan surat beranak, sijil-sijil keputusan peperiksaan dan tamat persekolahan.

( e ) Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut peraturan 17 – Peraturan Pegawai Awam ( Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan ) 2005 dan pastikan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini serta Laporan Nilai Prestasi Tahunan terakhir dikepilkan.

( f ) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat seperti di 6(a) di atas.

( g ) Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon di sudut kiri sebelah atas sampul surat dengan jelas dan terang.


Tarikh tutup ialah pada 12 Ogos 2011.

P/s: Sila sebarkan berita baik ini kepada rakan lain yang berminat dengan meminta mereka merujuk ke blog ini. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!