Permohonan Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

Permohonan Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional


Tarikh tutup permohonan biasiswa ini ialah - 09 September 2011

Para bakal mahasiswa, ini ada suatu peluang baik yang ingin kami kongsikan. Yayasan Tenaga Nasional (YTN) sedang mempelawa warganegara yang berkelayakan untuk memohon bantuan biasiswa tajaan mereka!

Biasiswa ini ialah bagi mengikuti program-program pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) untuk sesi September 2011.

Bidang pengajian yang diisyaratkan ialah:

Ijazah Sarjana Muda:
· Kejuruteraan Elektrik (Kuasa)
· Kejuruteraan Mekanikal
· Kejuruteraan Awam
· Perakaunan

Kelayakan pemohon adalah:
· Lulus STPM 2010 dengan mencapai sekurang-kurangnya empat (4) subjek gred B+ atau
· Lulus Diploma / Matrikulasi / Asas dengan mencapai sekurang-kurangnya CGPA / PNGK 3.33
· Berumur tidak melebihi 23 tahun pada tahun 2011
· Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum
· Mempunyai keperibadian dan ciri kepimpinan yang tinggi
· Tiada adik-beradik yang sedang menerima biasiswa YTN
· Khusus untuk pelajar kemasukan baru semester pertama tahun 2011 yang telah mendapat tempat di IPTA

Cara memohon biasiswa ini:
Permohonan hendaklah dibuat secara “on-line” mulai 4 Ogos 2011 melalui..



P/s: Sila sebarkan peluang ini kepada rakan lain yang mungkin berminat dengan meminta mereka merujuk ke blog ini. Terima kasih.

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!