Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


[PERODUA] Temuduga Terbuka Di Bangi!


Rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi kepada anda. PERODUA atau Perusahaan Otomobil Nasional Kedua adalah syarikat pengeluar kenderaan di negara kita selepas PROTON.

Peluang berkerja bersama mereka adalah suatu peluang yang tidak harus dilepaskan. Pasti memberikan banyak pengalaman dan keyakinan kepada anda. Kebetulan, saat ini PERODUA sedang mempelawa para pencari kerja yang berkelayakan untuk mengisi jawatan sebagai:

1. Operator Pengedaran(Kontrak)

2. Operator Alat Ganti (Kontrak)

Kelayakan yang diperlukan adalah sungguh minimum:

- Memiliki SPM/SPMV
- Sihat tubuh badan dan tidak rabun warna
- Boleh bekerja secara berkumpulan
- Memiliki lesen memandu kelas D (Operator pengedaran sahaja)

Butiran penuh temuduga terbuka yang diadakan:

TARIKH : 16 OGOS 2011
MASA : 10.00 PAGI HINGGA 4.00 PETANG
TEMPAT : JABATAN TENAGA KERJA , BANGI

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Encik Ahmad A. Rahman
Tel :  +603 6092 8888 atau
+603 6733 8888 sambungan 3347

Jangan lepaskan peluang ini!

P/s: Sila sebarkan peluang ini kepada rakan lain yang mungkin berminat dengan meminta mereka merujuk ke blog ini. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!