Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, baca cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Sukses Sebagai Pemimpin - Dengan Personaliti Positif

Untuk menjadi seorang pemimpin yang berjaya, seorang individu itu perlu memiliki personality yang menarik dan positif untuk menjadi seorang pemimpin yang berkaliber dan disegani. Sekiranya nilai-nilai positif ini tidak ada dalam diri seorang pemimpin, agak sukar baginya untuk sukses dalam kerjayanya. Untuk itu, berikut adalah antara kriteria positif yang perlu ada dalam diri seorang individu untuk menjadi seorang pemimpin yang berjaya dan disegani.

BERFIKIRAN TERBUKA
Sebagai pemimpin, anda mempunyai kuasa memutuskan sesuatu. Dalam pada itu, anda juga tidak perlu terlalu terpengaruh dengan keputusan majority. Ini kerana individu yang suka kepada keputusan majority biasanya akan memuaskan hati orang lain dan mengetepikan diri sendiri. Apa kata, sekali-sekali buka minda anda untuk menerima idea yang ditentang (sekiranya, anda merasakan idea tersebut adalah positif) kerana ada kalanya idea yang ditentang juga ada kebaikannya.

SANGGUP MENGHADAPI RISIKO
Sifat sanggup menghadapi risiko adalah sikap yang perlu ada dalam diri seorang pemimpin. Selain itu, dia juga perlu memiliki azam yang kuat serta bekerja keras. Dalam masa yang sama semangat untuk mendorong kerjayaan terhadap diri sendiri juga perlu ada dalam dirinya kerana dorongan sebagini akan dapat mengatasi rasa takut dalam diri. Ini keana hanya individu yang memiliki dorongandalam diri yang kuat sahaja berupaya menangkis dan tidak gentar menghadapi dugaan yang mendatang.

MEMILIKI PENGETAHUAN YANG LUAS
Ini adalah antara kriteria penting yang perlu dimiliki oleh individu yang bergelar pemimpin. Tanpa pengetahuan yang luas dan mendalam di dalam bidang yang diceburinya, dikhuatiri akan menimbulkan pelbagai masalah. Pengetahuan yang luas dan mendalam juga penting untuk membantunya membuat keputusan yang bijak berdasarkan pertimbangan yang wajar.

BIJAK MERANCANG
Kemampuan atau kebolehan untuk merancang strategi sesuatu projek yang ingin dilaksanakan adalah penting untuk memastikan kelancaran perjalanan projek tersebut. Selain itu, keupayaan merancang juga amat penting untuk menggambarkan kewibawaan dan mengawal pengikut sehingga dapat menurut arahan pemimpinnya secara sukarela. Pemimpin yang baik juga mengutamakan cirri yang baik terhadap pengikutnya dimana dia tidak akan bersikat berat sebelah dan sentiasa memberi peluang orang bawahnnya untuk menyuarakan pendapat atau pandangan mereka.Kebolehan merancang perlu dimiliki oleh seseorang pemimpin untuk sukses.

KREATIF DAN BERIMAGINASI TINGGI
Individu yang ingin menjadi pempin juga perlu memiliki daya kreatif yang berimaginasi tinggi serta positif. Malah bukan itu sahaja, sebagai pemimpin dia juga harus mampu menjadi pelopor, penyelidik, pencipta dan jaguh. Daya imaginasi yang baik perlu untuk membolehkan seseorang menyelesaikan masalah dengan kaedah yang paling baik dan efektif. Daya imaginative dapat dipupuk melalui pembacaan, mendengar, menimba pengalaman peribadi yang baru dengan positif dan tidak menolak idea atau pendapat yang diberikan secara drastic meskipun idea tersebut kurang sesuai pada waktu itu kerana merasakan ia mungkin berguna pada masa akan datang.

KUASA PEMUTUS
Sesuatu keputusan yang dibuat seharusnya dinilai berasaskan sumber pengetahuan yang boleh dipercayai dan tidak dilakukan dengan emosi semata-mata. Di samping itu, keputusan yang dibuat juga mestilah keputusan yang dirasakan baik oleh pemimpin meskipun ada pendapat yang mengatakan keputusan juga memerlukan ketegasan, keyakinan dan keberanian dalam diri. Hal ini penting agar keputusan yang diambil mendatangkan kebaikan kepada semua meskipun tidak dipersetujui pada awalnya.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!