Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


26 Jawatan Kosong Di Universiti Kebangsaan Malaysia

Tarikh iklan: 16 April 2012
Tarikh tutup: 30 April 2012

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk memohon pelbagai jawatan kosong yang diperlukan pada masa ini.

Ini suatu peluang yang amat baik kepada para pencari kerja. Terdapat sebanyak 26 jawatan kosong pelbagai gred di UKM. Pilih mana satu yang bersesuaian dengan kelayakan untuk anda cuba. Senarai jawatan-jawatan kosong yang ditawarkan oleh UKM:

01. PEGAWAI SAINS C41
02. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41
03. PEGAWAI KESELAMATAN KP41
04. PEGAWAI PENYELIDIK Q41
05. PEGAWAI PERGIGIAN U41
06. PENOLONG JURUTERA J29
07. JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN U29
08. PENOLONG PEGAWAI SAINS C27
09. PENOLONG AKAUNTAN W27
10. PEREKA B17
11. PEMBANTU MAKMAL C17
12. JURUTEKNIK KOMPUTER FT17
13. PEMBANTU PERTANIAN G17
14. JURUTEKNIK J17
15. PEMBANTU KESELAMATAN KP17
16. PEMBANTU TADBIR (P/O) N17
17. PENYELIA ASRAMA N17
18. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT N17
19. PEMBANTU PERPUSTAKAAN S17
20. PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT S17
21. PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN U17
22. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W17
23. PENGAWAL KESELAMATAN KP11
24. TUKANG K3 R9
25. ATENDAN KESIHATAN U3
26. PEMBANTU AM PEJABAT N1

Maklumat mengenai jadual gaji, elaun-elaun dan syarat lantikan setiap jawatan tersebut boleh diperolehi melalui laman eiklan UKM ini.

Cara memohon:
Anda hendaklah mengemukakan permohonan secara online melalui laman permohonan ejob UKM atau laman permohonan ejawatan UKM ini.

Sebarang pertanyaan sila hubungi UKM menerusi alamat di bawah:

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Jabatan Pendaftar,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan.

P/s: Sila kongsikan berita baik ini dengan rakan-rakan anda yang lain di Twitter, Facebook atau Google+ menggunakan butang yang kami sediakan di bawah. Terima kasih.

[Jawatan Kosong Terbuka] - Pegawai Peperiksaan Gred 44

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia akan melaksanakan pengisian kekosongan jawatan Pegawai Peperiksaan Gred 44 (Terbuka) secara pertukaran sementara di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.

Permohonan ini terbuka kepada semua pegawai Gred 41 dan Gred 44 yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam di pelbagai skim perkhidmatan.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 2 Mei 2012.
TARAF JAWATAN: Pertukaran Sementara (2 tahun)
CARA MEMOHON: Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi borang permohonan online (SPA8i).

SYARAT LANTIKAN:
a. Berumur tidak lebih dari 40 tahun pada tarikh tutup permohonan.
b. Telah disahkan dalam perkhidmatan di dalam skim perkhidmatan sekarang.

PERTANYAAN: Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi pegawai di Bahagian Pengurusan, SPA seperti berikut:

(i) Encik Fauzi bin Abdullah
Tel:03-88856065
E-mel:-fauzi@spa.gov.my

(ii) Puan Noraini Binti Mohamad Yusof
Tel:03-88856082
E-mel:-norainimy@spa.gov.my

(iii) Puan Nor Hajalillah Binti Husin
Tel:03-88856043
E-mel:-hajalillah@spa.gov.my

KRITERIA PEMOHON :
Pengurusan Data
a. Mempunyai pengetahuan asas dalam analisis diskriptif dan inferensi statistik
b. Mempunyai asas pengetahuan menggunakan perisian statistik (Statistiscal Package for Social Sciences- SPSS)
c. Mempunyai kebolehan dalam mengendalikan sistem komputer
d. Mempunyai ciri-ciri kemahiran interpersonal yang baik.
e. Mempunyai abiliti dalam mewujudkan perhubungan kerja yang baik dan berkesan di peringkat pejabat dan agensi lain.

Pengurusan Peperiksaan
a. Mempunyai pengalaman dalam menguruskan peperiksaan
b. Mempunyai kebolehan dalam mengendalikan sistem komputer
c. Mempunyai ciri-ciri kemahiran interpersonal yang baik.
d. Mempunyai abiliti dalam mewujudkan perhubungan kerja yang baik dan berkesan diperingkat pejabat dan agensi lain.

DESKRIPSI TUGAS UTAMA:
-> Pengurusan Peperiksaan
• Merancang dan menyediakan takwim peperiksaan
• Menguruskan modul pengurusan peperiksaan berkomputer
• Menguruskan logistik pusat peperiksaan
• Mengurus pelantikan pengawas peperiksaan
• Mengurus agihan calon peperiksaan secara berkomputer
• Mengurus pakej peperiksaan Pengurusan Data

-> Pengurusan Data
• Mengurus penyediaan keputusan peperiksaan
• Menjalankan analisis data peperiksaan
• Menjalankan pemerosesan data secara berkomputer
• Menganalisis indek kesukaran item-item ujian
• Menjalankan kajian data-data peperiksaan
• Menyediakan kertas penetapan markah lulus peperiksaan

Lihat dahulu syarat-syarat pertukaran sementara ini dan dan jangan lupa melengkapkan dan membawa Borang SPA.PN 1/2012.

Panduan Temuduga Penolong Penguasa Penjara Gred KX27

Panduan Temuduga Penolong Penguasa Penjara Gred KX27
Sedikit statistik kami kongsikan berkenaan calon temuduga Penolong Penguasa Penjara Gred KX27:

Bil. Permohonan - 6092
Bil. Dipanggil - 213
Bil. Kekosongan - 10
Bil. Calon Simpanan - 60

Iya. Cuma seramai 213 orang sahaja yang dipanggil ke sesi temuduga ini. Manakala kekosongan jawatan pula hanya 10 tempat sahaja. Seandainya anda atas sesuatu sebab tidak dapat menghadiri temuduga ini maka pihak SPA dengan senang hati menggantikan anda dengan calon simpanan yang seramai 60 orang itu. Jadi pastikan anda menghadirinya.

Beberapa perkara yang anda perlu tahu mengenai jawatan ini?

1. Jawatan ini adalah di dalam kumpulan sokongan.

2. Ditempatkan di Jabatan Penjara Malaysia.

3. Jadual gaji bermula pada P1T1 RM1215.14 - P1T26 RM3045.29

4. Bertanggungjawab sebagai Ketua Unit, menyelaras pengurusan keselamatan sesebuah institusi, menyelaras prosedur penahanan dan pelaksanaan hukuman, menyelaras program-program pemulihan sebagaimana yang diarahkan oleh pihak pengurusan tertinggi institusi dan memastikan penghuni-penghuni diberi layanan yang adil selaras dengan undang-undang dan peraturan yang diperuntukkan.

Sudahkah anda bersedia ke sesi temuduga ini?

Kalau belum, sila luaskan pengetahuan am anda mengenai undang-undang dan peraturan negara. Selain itu juga, boleh dapatkan panduan berbayar bagaimana menghadapi sesi temuduga kerja kerajaan dengan lancar ini. InsyaAllah ia sedikit sebanyak akan membantu.

P/s: Semoga berjaya daripada kami di Blog Tips Kerjaya..

[Panduan Temuduga] Untuk Pegawai Sains Gred C41 (Fizik)


SPA akan mengadakan temuduga khas untuk calon Pegawai Sains Gred C41 (Fizik) pada 09 Mei 2012 - 16 Mei 2012 ini.

Kepada yang dipanggil, tahniah diucapkan. Dan kepada mereka yang belum menyemak tetapi ada memohon, sila lakukan semakan online melalui pautan di bawah.


Kita tidak mahu anda tergesa-gesa. Jika mengetahui lebih awal maka lebih mudahlah untuk menyediakan diri untuk menghadapi sesi temuduga ini nanti. Sedikit pengenalan jawatan ini daripada kami, jadi sedikit sebanyak anda punya idea jawatan apa yang sedang anda pohon ini sebenarnya:

1. Jawatan ini termasuk di dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional dan calon yang lulus bakal ditempatkan di pelbagai Kementerian dan Jabatan kerajaan.

2. Jadual Gaji:
>> P1T1 RM1716.72 - P1T27 RM4716.86
>> P2T1 RM1812.73 - P2T27 RM4997.81
>> P3T1 RM1912.92 - P3T27 RM5285.98

3. Syarat Lantikan:
3.1 Calon yang dilantik hendaklah memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan.
3.2 Calon lulus mata pelajaran Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM.

Walaupun tidak dapat dipastikan secara tepat dimanakah akan ditugaskan selepas lulus temuduga ini, tetapi kemungkinan agak besar untuk soalan berkaitan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi akan ditanya. Misalnya:

1. Apakah tugas Pegawai Sains C41?
2. Siapakah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia?
3. Namakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi?
4. Siapa pula timbalan beliau?
5. Nyatakan agensi lain yang turut terlibat di bawah Kementerian ini?
6. Apakah Jabatan yang terkandung di dalam Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi?
7. Sebutkan moto, visi dan warna rasmi jabatan ini?
8. Nyatakan dasar-dasar menerusi Kementerian Sains.

Selain itu, persediakan juga diri dengan skop-skop berikut:
- Kelayakan, kemahiran dan pengalaman anda.
- Dapatkan info berkaitan dari portal kementerian berkaitan kesihatan. dan sains.
- Kemaskini pengetahuan anda berkenaan isu semasa berkenaan kesihatan, bidang sains, penemuan terkini, Agensi Angkasa, Jabatan Kimia, Agensi Nuklear, Jabatan Standard dan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom.

Walaupun begitu, jika anda belum pernah menghadiri mana-mana temuduga kerja yang dianjurkan oleh kerajaan adalah berbaloi untuk anda membeli Panduan Temuduga Kerja Kerajaan ini.

Ia ditulis khusus untuk calon seperti anda. Calon temuduga kerja kerajaan. Boleh dikatakan sesi temuduga adalah stereotaip dan hanya berbeza di bahagian soalan-soalan khas tertentu berkaitan bidang tugas jawatan yang dipohon sahaja (seperti yang diterangkan di atas). Selain itu, ia lebih kurang sahaja.

Tidak wajib membeli panduan ini, cuma kelegaan akan diperolehi dan keyakinan diri akan bertambah. Itu yang lebih penting. Ia menjamin kelancaran anda menghadapi sesi temuduga itu nanti.

P/s: Tunang admin Blog Tips Kerjaya juga akan menghadiri temuduga ini. Semoga berjaya kepadanya dan semua calon yang menduduki! :)

Berkredibilitikah Rujukan Peperiksaan Juruaudit W41 Yang Dijual Itu?

Team Tipsptd (team penulis eBook rujukan peperiksaan Juruaudit W41) tidak menyediakan soalan ramalan, apa yang disediakan adalah 'gambaran besar' mengenai keseluruhan peperiksaan, sesuai dengan tahap pengajian ijazah yang anda miliki. cukup bagi anda untuk mengetahuinya secara umum dan itu adalah lebih baik untuk calon yang tidak langsung mengetahuinya dan akhirnya 'kaku' di bilik peperiksaan.

Mengenai soalan perjawatan yang disebutkan sebelum ini, mudah untuk kita buat sedikit imbasan soalan antara jawatan PTD - Antidadah - Kastam. Apa yang membezakan penilaian 2 jawatan ini berbanding PTD?

Pada Seksyen A contohnya, apa hubungkait soalan Sejarah dengan jawatan Antidadah dan Kastam? Berbanding PTD yang merupakan satu jawatan besar dalam perkhidmatan awam, soalan Sejarah TIADA dalam Seksyen A penilaian Antidadah dan Kastam. Dan secara logiknya, kemungkinan untuk soalan Sejarah keluar pada peperiksaan JURUAUDIT juga adalah tipis berdasarkan penilaian bandingan ini.

Tetapi, kemungkinan soalan Sejarah keluar masih ada, cuma apa yang boleh kami sarankan, KURANGKAN FOKUS persediaan pada SEJARAH (tapi jangan tinggalkan terus!)

Mengikut peperiksaan Pegawai Antidadah pada November 2011 dan Penguasa Kastam pada Februari 2012 tambahan berkaitan PERJAWATAN (dibandingkan dengan PTD) lebih jelas pada Seksyen penulisan esei. Soalan untuk kedua-dua jawatan tersebut mengandungi isu semasa yang berkait rapat dengan jawatan yang dinilai tersebut.

- Peperiksaan Pegawai Antidadah, pada seksyen esei ianya ditanyakan mengenai isu 'Keldai Dadah' yang merupakan isu semasa yang hangat pada masa itu (November 2011).
- Pada peperiksaan Penguasa Kastam di Seksyen Esei ianya berkaitan dengan 'Integriti Pegawai Kastam" dan "Langkah mencegah penyeludupan".

Anda nampak apa yang berlaku di sini? Pada 2 jawatan yang spesifik ini (Antidadah dan Kastam), soalan berkait rapat dengan jawatan tersebut digunakan untuk menguji calon yang memohon jawatan tersebut.

Jadi bagaimana jangkaan anda untuk soalan berkaitan jawatan JURUAUDIT? Tepuk dada, tanya daya analitikal anda!

Satu perkara yang anda kena sedar ialah, segala maklumat harus selari dengan hasrat kerajaan dan maklumat tersebut mestilah tidak bertentangan dengan maklumat edaran kerajaan. Dalam kata lain, maklumat daripada 'blog'. 'emosi' dan yang mempunyai sentimen negatif adalah tidak boleh dijadikan sumber 'hujah' rujukan anda (rujuk nota Isu Semasa).

Jadi rujukan peperiksaan bertulis Juruaudit W41 ini adalah rangkuman maklumat berkaitan JURUAUDIT yang anda boleh perolehi melalui edaran rasmi kerajaan dan keratan akhbar (saluran perdana-bukan tabloid). Kami kumpulkan ianya dalam risalah ini untuk memudahkan persediaan anda, jadi anda tak perlu cari merata-rata dan buang masa anda.

Maklumat lain yang disusun di dalam NOTA tambahan ini adalah:

Maklumat 1: Asas Jabatan Audit Negara
Maklumat 2: Tugas Juruaudit W41
Maklumat 3: Kebebasan, Akauntabiliti
Maklumat 4: Ringkasan berkaitan Audit
Maklumat 5: Isu Semasa 2011/2012 berkaitan AUDIT
Maklumat 6: Artikel Pilihan berkaitan Audit


Nota tambahan ini adalah komponen pelengkap kepada PAKEJ TIPSPTD yang merupakan Pakej utama yang telah membantu ribuan calon sejak tahun 2009 lagi. Anda mahu LULUS tapi tak tahu bagaimana? Anda nak STUDY tapi tak tahu nak study apa? Usah RISAU lagi, kami ada JAWAPANNYA. Dapatkan Pakej rujukan khusus untuk jawatan JURUAUDIT W41 di bawah:

Sukatan Dan Panduan Peperiksaan Juruaudit Gred W41

Peperiksaan Juruaudit Gred W41 telah direkabentuk oleh pihak SPA dengan teliti. Ia bertujuan menguji pelbagai aspek yang mahu dilihat di dalam diri seseorang calon. Kita akan membincangkan sepintas lalu perihal peperiksaan ini agar dapat memberi gambaran keseluruhan yang lebih jelas kepada anda.

Pertama, peperiksaan ini adalah dalam bentuk bertulis. Dua cara penyoalan yang digunakan yakni melalui pemilihan jawapan yang betul (kertas objektif) dan satu lagi berbentuk esei (subjektif).

Kedua, soalan dirangka sesuai dengan keperluan menjadi seorang Juruaudit yang mampan dan berkebolehan. Soalan berbentuk pengiraan Matemik, undang-undang dan pengetahuan am adalah yang paling besar mendominasi peperiksaan ini.

Ketiga, peperiksaan ini di bahagikan kepada 5 bahagian utama iaitu Bahagian A (pengetahuan am), Bahagian B (daya menyelesaikan masalah), Bahagian C (kefahaman bahasa Melayu dan bahasa Inggeris), Bahagian D (esei BM) dan Bahagian E (esei BI).

Akhirnya, setelah anda jelas dengan hal ini maka adalah menjadi kewajipan anda untuk memperluaskan bacaan, mengaplikasikan pengalaman dan pengetahuan akademik yang sudah diperolehi setakat ini.

Sebagai tambahan, dicadangkan untuk anda membeli dan memanfaat panduan menjawab dan nota-nota peperiksaan Juruaudit W41 agar persediaan anda menjadi lengkap dan tidak sia-sia.

Semoga berjaya kepada para calon yang menduduki!

Soal Jawab Tentang Pembelian Rujukan Juruaudit W41

Kami percaya bukanlah semua orang pernah melakukan urusan jualbeli di Internet. Lebih-lebih lagi kalau memang tiada keperluan mendesak. Lagi pula berjualbeli apa-apa produk di Internet memerlukan keyakinan yang tinggi terhadap orang yang menjual barang tersebut.

Sehinggalah anda terpaksa melakukannya. Terutama kepada para calon yang akan menduduki peperiksaan Juruaudit gred W41. Anda memang tiada pilihan. Rujukan khas mengandungi kelengkapan untuk mempersiapkan diri menghadiri peperiksaan ini memang tiada dijual di kedai. Satu-satunya cara mendapatkan panduan lengkap ini adalah dengan membelinya melalui Internet.

Beberapa persoalan kecil bermain di fikiran. Antaranya ada kami jelaskan di bawah berserta dengan jawapannya sekali (ia dipetik daripada laman jualan produk ini):

Boleh percaya ke orang yang menjual panduan Juruaudit W41 ni?
- Kami sudah lama berada di internet melalui blog http://tipsptd.com/blog dan telah banyak membantu ramai calon. Anda boleh cari kami di sana dan berdiskusi di sana juga.


Adakah ini soalan bocor Juruaudit W41 dari SPA?
- Tidak, tiada soalan bocor atau 'sumber dalaman'. Ianya adalah hasil penelitian dan kajian Team Tips PTD sendiri. Soalan-soalan tidak boleh didedahkan kerana tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi (OSA) tetapi kami sebolehnya memberikan soalan-soalan yang seakan soalan sebenar bagi memberi gambaran jelas kepada calon


Adakah ianya buku?
- Tidak, ianya adalah ebook dalam versi PDF, anda perlu download ke komputer anda dan membacanya atau boleh terus print


Bila saya boleh dapat Pakej ini?
- Selepas pembayaran, dan penghantaran borang tempahan anda buat, ianya akan diproses maksimum 48 jam.


Saya belum dapat apa-apa lagi TAPI duit dah bayar!
- Selepas pembayaran, anda WAJIB mengisi borang pengesahan, jika tidak pesanan anda TIDAK DAPAT diproses
- Sila tunggu sehingga 48 jam, sekiranya masih belum dapat dalam masa 48 jam anda boleh terus telefon kami


Adakah ianya mengandungi contoh soalan lengkap?
- Soalan diberikan untuk menjelaskan setiap seksyen dan pecahan seksyen. Tujuan sebenar contoh soalan adalah untuk menerangkan setiap pecahan dalam seksyen dan ianya penting untuk ada pahan perincian dan membuat persediaan berdasarkan perincian tersebut


Adakah ini ebook latih tubi?
- Tidak, ianya bukan seperti buku-buku latih tubi seperti di peringkat sekolah (PMR, SPM). Ianya disediakan sesuai dengan aras kebijaksanaan graduan universiti yang layak menduduki peperiksaan kerajaan


RM40 tu apa yang saya dapat?
- Anda akan dapat semua komponen Pakej ini dan BONUS Risalah untuk stage yang seterusnya. Ianya akan diedarkan selepas stage yang seterusnya diumumkan


Adakah saya perlu internet connection untuk buka pakej ini?
- Anda hanya perlu internet connection bila nak download Pakej ini, dan selepas kesemuanya sudah di download dan di 'save' dalam komputer anda, anda boleh baca tanpa perlu talian internet


Saya tak boleh buka file yang di download. Macam mana?
- File yang didownload adalah dalam format .ZIP, anda perlu ada software Winzip atau Winrar untuk 'extract' atau 'unzip' file tersebut. Biasanya anda boleh extract terus. Jika tidak boleh, sila dapatkan software ini secara percuma di http://www.vodahost.com/winzip.htm


Saya tak boleh buka file PDF
- Maknanya anda tiada perisian Adobe Reader, anda boleh dapatkan secara percuma di http://get.adobe.com/reader/


Macam mana saya nak hubungi pihak anda?
- Anda boleh email terus ke tipsptd@gmail.com

Diharapkan soalan dan jawapan yang dikongsikan kali ini menjawab kemusykilan anda. Jadi apa tunggu lagi? Dapatkan rujukan Juruaudit W41 pada hari ini juga sebelum jualannya ditutup semula.

Juruaudit W41 - Panduan Peperiksaan Untuk Calon!


Apa khabar anda? Beberapa hari ini, sudah ada desas-desus yang semakin hari semakin jelas kedengaran berkenaan satu peperiksaan anjuran SPA. Di kiri dan kanan rakan serta pembaca blog kerjaya ini sudah terasa gelisah. Tarikh peperiksaan tersebut adalah pada 14 April ini.

Apa lagi kalau bukan Peperiksaan Bertulis Juruaudit Gred W41 itu. Cuma satu khabar yang agak melegakan sedikit, bahawa dikhabarkan calon yang dipanggil exam ini tidaklah seramai mana. Bahkan hanyalah sekitar 8 000 ke bawah. Dari satu sudut, ini memang satu hal yang mengembirakan kerana sudah tentu persaingan tidaklah sehebat exam Penguasa Kastam yang baharu sahaja berlalu itu.

Tetapi apa yang kurang melegakan pula, malah mungkin boleh menyesakkan dada ialah kesukaran melepasi peperiksaan Juruaudit W41 adalah lebih sukar lagi. Nah.. inilah sebabnya calon yang melepasi kelayakan minimum tidak seramai mana! Sekarang rasa lega anda itu tadi hilang entah kemana.

Dijamin soalan berkaitan Matematik dan perundagan akan mendominasi kebanyakan soalan yang diuji. Jadi bersedialah untuk mengulangkaji formula atau rumus Matematik yang sudah lama dilupakan itu. Hehehe..

Semua calon sedar, datang berlenggang dengan hanya membawa diri tanpa sebarang persediaan adalah jalan pasti untuk GAGAL dalam peperiksaan Juruaudit W41 ini. Jadi jika anda tidak bercadang untuk lulus, teruskan saja dengan membaca sikit-sikit dan buat latihan ala kadar.

Namun, jika anda bercadang untuk bertempur sesungguh hati. Kata orang hingga ke titisan darah yang terakhir. Tidak peduli walau dengan apa harga sekalipun. Maka jangan bimbang dan jangan gusar. Anda laburlah sedikit duit untuk membeli sebuah panduan istimewa untuk menghadapi peperiksaan Juruaudit ini.

Ia dikenali sebagai panduan peperiksaan Juruaudit W41. Ditulis khusus untuk calon yang menduduki exam pada 14 April ini. Mencakupi kesemua topik, lengkap, tepat dan releven dengan fakta-fakta terkini. Tapi jangan salah faham. Panduan ini tidak wajib sama sekali untuk anda beli. Terpulang saja kepada anda mahu menyediakan diri atau pun tidak.

Kalau anda tidak berasa rugi melabur untuk masa depan, klik pautan di bawah untuk membeli di laman jualannya:


Panduan ini juga bukanlah soalan exam Juruaudit W41 yang bocor! Ia juga tidak menjamin untuk anda lulus. Hanya sahaja ia merupakan satu persediaan yang amat-amat baik dan saya begitu menyarankannya. Baca, fahami, salin, ingat dan hafal sehabis yang mampu. InsyaAllah peluang anda untuk berjaya boleh ditingkatkan sehingga 65%.

Apa yang paling baik, rujukan peperiksaan khas ini membincangkan contoh soalan peperiksaan Juruaudit W41 dengan teliti. Diterangkan juga bagaimana bentuk soalan yang lazim keluar dan diperjelaskan bagaimanakah cara menghuraikan jawapan yang betul. Memang berbaloi untuk dimiliki.

P/s: Semoga berjaya kepada calon-calon yang menduduki. Kami doakan kejayaan anda. Amin.