[Jawatan Kosong Terbuka] - Pegawai Peperiksaan Gred 44 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

[Jawatan Kosong Terbuka] - Pegawai Peperiksaan Gred 44

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia akan melaksanakan pengisian kekosongan jawatan Pegawai Peperiksaan Gred 44 (Terbuka) secara pertukaran sementara di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.

Permohonan ini terbuka kepada semua pegawai Gred 41 dan Gred 44 yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam di pelbagai skim perkhidmatan.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 2 Mei 2012.
TARAF JAWATAN: Pertukaran Sementara (2 tahun)
CARA MEMOHON: Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi borang permohonan online (SPA8i).

SYARAT LANTIKAN:
a. Berumur tidak lebih dari 40 tahun pada tarikh tutup permohonan.
b. Telah disahkan dalam perkhidmatan di dalam skim perkhidmatan sekarang.

PERTANYAAN: Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi pegawai di Bahagian Pengurusan, SPA seperti berikut:

(i) Encik Fauzi bin Abdullah
Tel:03-88856065
E-mel:-fauzi@spa.gov.my

(ii) Puan Noraini Binti Mohamad Yusof
Tel:03-88856082
E-mel:-norainimy@spa.gov.my

(iii) Puan Nor Hajalillah Binti Husin
Tel:03-88856043
E-mel:-hajalillah@spa.gov.my

KRITERIA PEMOHON :
Pengurusan Data
a. Mempunyai pengetahuan asas dalam analisis diskriptif dan inferensi statistik
b. Mempunyai asas pengetahuan menggunakan perisian statistik (Statistiscal Package for Social Sciences- SPSS)
c. Mempunyai kebolehan dalam mengendalikan sistem komputer
d. Mempunyai ciri-ciri kemahiran interpersonal yang baik.
e. Mempunyai abiliti dalam mewujudkan perhubungan kerja yang baik dan berkesan di peringkat pejabat dan agensi lain.

Pengurusan Peperiksaan
a. Mempunyai pengalaman dalam menguruskan peperiksaan
b. Mempunyai kebolehan dalam mengendalikan sistem komputer
c. Mempunyai ciri-ciri kemahiran interpersonal yang baik.
d. Mempunyai abiliti dalam mewujudkan perhubungan kerja yang baik dan berkesan diperingkat pejabat dan agensi lain.

DESKRIPSI TUGAS UTAMA:
-> Pengurusan Peperiksaan
• Merancang dan menyediakan takwim peperiksaan
• Menguruskan modul pengurusan peperiksaan berkomputer
• Menguruskan logistik pusat peperiksaan
• Mengurus pelantikan pengawas peperiksaan
• Mengurus agihan calon peperiksaan secara berkomputer
• Mengurus pakej peperiksaan Pengurusan Data

-> Pengurusan Data
• Mengurus penyediaan keputusan peperiksaan
• Menjalankan analisis data peperiksaan
• Menjalankan pemerosesan data secara berkomputer
• Menganalisis indek kesukaran item-item ujian
• Menjalankan kajian data-data peperiksaan
• Menyediakan kertas penetapan markah lulus peperiksaan

Lihat dahulu syarat-syarat pertukaran sementara ini dan dan jangan lupa melengkapkan dan membawa Borang SPA.PN 1/2012.

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!