Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Panduan Temuduga Penolong Penguasa Penjara Gred KX27

Panduan Temuduga Penolong Penguasa Penjara Gred KX27
Sedikit statistik kami kongsikan berkenaan calon temuduga Penolong Penguasa Penjara Gred KX27:

Bil. Permohonan - 6092
Bil. Dipanggil - 213
Bil. Kekosongan - 10
Bil. Calon Simpanan - 60

Iya. Cuma seramai 213 orang sahaja yang dipanggil ke sesi temuduga ini. Manakala kekosongan jawatan pula hanya 10 tempat sahaja. Seandainya anda atas sesuatu sebab tidak dapat menghadiri temuduga ini maka pihak SPA dengan senang hati menggantikan anda dengan calon simpanan yang seramai 60 orang itu. Jadi pastikan anda menghadirinya.

Beberapa perkara yang anda perlu tahu mengenai jawatan ini?

1. Jawatan ini adalah di dalam kumpulan sokongan.

2. Ditempatkan di Jabatan Penjara Malaysia.

3. Jadual gaji bermula pada P1T1 RM1215.14 - P1T26 RM3045.29

4. Bertanggungjawab sebagai Ketua Unit, menyelaras pengurusan keselamatan sesebuah institusi, menyelaras prosedur penahanan dan pelaksanaan hukuman, menyelaras program-program pemulihan sebagaimana yang diarahkan oleh pihak pengurusan tertinggi institusi dan memastikan penghuni-penghuni diberi layanan yang adil selaras dengan undang-undang dan peraturan yang diperuntukkan.

Sudahkah anda bersedia ke sesi temuduga ini?

Kalau belum, sila luaskan pengetahuan am anda mengenai undang-undang dan peraturan negara. Selain itu juga, boleh dapatkan panduan berbayar bagaimana menghadapi sesi temuduga kerja kerajaan dengan lancar ini. InsyaAllah ia sedikit sebanyak akan membantu.

P/s: Semoga berjaya daripada kami di Blog Tips Kerjaya..

8 comments:

  1. Kat sini ada contoh-contoh soalan lazim yang ditanya semasa seisi temuduga :


    1-Apakah tugas Penolong Penguasa Penjara Gred KX27?
    2-Siapakah Ketua Pengarah Penjara Malaysia sekarang?
    3-Jabatan Penjara Malaysia berada di bawah kementerian mana?
    4-Siapakah menteri yang menerajui kementerian tersebut ketika ini?
    5-Namakan timbalan kepada beliau?
    6-Nyatakan agensi-agensi lain yang turut terlibat di bawah Kementerian Dalam Negeri?
    7-Apakah tugas Jabatan Penjara?
    8-Sebutkan motto Jabatan Penjara dan apakah warna rasmi bagi Jabatan Penjara?
    9-Dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawabnya sebagai sebuah institusi penahanan dan pemulihan, Jabatan Penjara Malaysia tertakluk kepada akta / peraturan. Boleh anda terangkan akta / peraturan berkaitan yang anda tahu?
    10-Apakah objektif penubuhan Pusat Pemulihan Akhlak?
    11-Apa yang anda tahu tentang Program Mesej Dari Penjara yang diperkenalkan oleh Jabatan Penjara?
    12-Tujuan Sekolah Henry Gurney diwujudkan di Malaysia?
    13-Apa yang anda tahu tentang hukuman seumur hidup?
    14-Apakah tujuan pusat pemulihan akhlak diwujudkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahun ni ada temuduga mcm ni jgk ke ? kalau dpt panggilan ujian fizikal je xyah jawab soalan lazim tu kan

      Delete
  2. skrng tgh tggu pngilan temuduga .. fizikal dan kecergasan dah lulus .. bila tgk soalan kt atas tu .. perghh boleh engt ke jawapannya ..

    ReplyDelete
  3. awk semua dpt interview kat mana??

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. sama lah, nak jugak tau ape jawapannye..hehe tak payah dah nak cari2 lagi ...

      Delete
  5. betul ke hanya terdapat 10 kekosongan je? mana dapat info ni. sahih ke idok?

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!