[Panduan Temuduga] Untuk Pegawai Sains Gred C41 (Fizik) - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

[Panduan Temuduga] Untuk Pegawai Sains Gred C41 (Fizik)


[Panduan Temuduga] Untuk Pegawai Sains Gred C41 (Fizik) | Kita tidak mahu anda tergesa-gesa. Jika mengetahui lebih awal maka lebih mudahlah untuk menyediakan diri untuk menghadapi sesi temuduga ini nanti. Sedikit pengenalan jawatan ini daripada kami, jadi sedikit sebanyak anda punya idea jawatan apa yang sedang anda pohon ini sebenarnya:

1. Jawatan ini termasuk di dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional dan calon yang lulus bakal ditempatkan di pelbagai Kementerian dan Jabatan kerajaan.

2. Jadual Gaji:
>> P1T1 RM1716.72 - P1T27 RM4716.86
>> P2T1 RM1812.73 - P2T27 RM4997.81
>> P3T1 RM1912.92 - P3T27 RM5285.98



Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner




3. Syarat Lantikan:
3.1 Calon yang dilantik hendaklah memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan.
3.2 Calon lulus mata pelajaran Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM.

Walaupun tidak dapat dipastikan secara tepat dimanakah akan ditugaskan selepas lulus temuduga ini, tetapi kemungkinan agak besar untuk soalan berkaitan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi akan ditanya. Misalnya:

1. Apakah tugas Pegawai Sains C41?
2. Siapakah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia?
3. Namakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi?
4. Siapa pula timbalan beliau?
5. Nyatakan agensi lain yang turut terlibat di bawah Kementerian ini?
6. Apakah Jabatan yang terkandung di dalam Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi?
7. Sebutkan moto, visi dan warna rasmi jabatan ini?
8. Nyatakan dasar-dasar menerusi Kementerian Sains.

Selain itu, persediakan juga diri dengan skop-skop berikut:
- Kelayakan, kemahiran dan pengalaman anda.
- Dapatkan info berkaitan dari portal kementerian berkaitan kesihatan. dan sains.
- Kemaskini pengetahuan anda berkenaan isu semasa berkenaan kesihatan, bidang sains, penemuan terkini, Agensi Angkasa, Jabatan Kimia, Agensi Nuklear, Jabatan Standard dan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom.

Walaupun begitu, jika anda belum pernah menghadiri mana-mana temuduga kerja yang dianjurkan oleh kerajaan adalah berbaloi untuk anda membeli Panduan Temuduga Kerja Kerajaan ini.

Ia ditulis khusus untuk calon seperti anda. Calon temuduga kerja kerajaan. Boleh dikatakan sesi temuduga adalah stereotaip dan hanya berbeza di bahagian soalan-soalan khas tertentu berkaitan bidang tugas jawatan yang dipohon sahaja (seperti yang diterangkan di atas). Selain itu, ia lebih kurang sahaja.

Tidak wajib membeli panduan ini, cuma kelegaan akan diperolehi dan keyakinan diri akan bertambah. Itu yang lebih penting. Ia menjamin kelancaran anda menghadapi sesi temuduga itu nanti.

P/s: Tunang admin Blog Tips Kerjaya juga akan menghadiri temuduga ini. Semoga berjaya kepadanya dan semua calon yang menduduki! :)



Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!





Delivered by FeedBurner




3 comments:

  1. tunang admin? boleh tahu dulu belajar kat universiti mana?

    ReplyDelete
  2. saya baru menghadiri temuduga ni..btw,utk peg sains (fizik) adlh under kmntrian kesihatan msia.and jabatan yg dibawahnya adlh jbtn radiologi, jbtn onkologi & radioterapi, jbtn perubatan nuklear dan unit kejuruteraan (JKN)..sila la baca tugas peg fizik di jbtn2 tersebut.

    ReplyDelete
  3. Macam mana nak apply utk jawatan ni?

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!