Sukatan Dan Panduan Peperiksaan Juruaudit Gred W41 - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

Sukatan Dan Panduan Peperiksaan Juruaudit Gred W41

Peperiksaan Juruaudit Gred W41 telah direkabentuk oleh pihak SPA dengan teliti. Ia bertujuan menguji pelbagai aspek yang mahu dilihat di dalam diri seseorang calon. Kita akan membincangkan sepintas lalu perihal peperiksaan ini agar dapat memberi gambaran keseluruhan yang lebih jelas kepada anda.

Pertama, peperiksaan ini adalah dalam bentuk bertulis. Dua cara penyoalan yang digunakan yakni melalui pemilihan jawapan yang betul (kertas objektif) dan satu lagi berbentuk esei (subjektif).

Kedua, soalan dirangka sesuai dengan keperluan menjadi seorang Juruaudit yang mampan dan berkebolehan. Soalan berbentuk pengiraan Matemik, undang-undang dan pengetahuan am adalah yang paling besar mendominasi peperiksaan ini.

Ketiga, peperiksaan ini di bahagikan kepada 5 bahagian utama iaitu Bahagian A (pengetahuan am), Bahagian B (daya menyelesaikan masalah), Bahagian C (kefahaman bahasa Melayu dan bahasa Inggeris), Bahagian D (esei BM) dan Bahagian E (esei BI).

Akhirnya, setelah anda jelas dengan hal ini maka adalah menjadi kewajipan anda untuk memperluaskan bacaan, mengaplikasikan pengalaman dan pengetahuan akademik yang sudah diperolehi setakat ini.

Sebagai tambahan, dicadangkan untuk anda membeli dan memanfaat panduan menjawab dan nota-nota peperiksaan Juruaudit W41 agar persediaan anda menjadi lengkap dan tidak sia-sia.

Semoga berjaya kepada para calon yang menduduki!

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!