Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, baca cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Panduan Temuduga Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17

Panduan Temuduga Pembantu Tadbir N17
Anda menemui artikel ini kerana anda adalah salah seorang daripada yang dipanggil ke temuduga Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17 yang akan diadakan oleh pihak SPA mulai pertengahan bulan Jun ini bukan? Sudahkah anda bersedia?

[UUM] - 19 Jawatan Kosong Jun 2012

Tarikh permohonan ditutup 21 Jun 2012.

UUM - Universiti Utara Malaysia telah mengeluarkan iklan perjawatan bagi 19 jawatan yang bertaraf kontrak dan tetap seperti berikut:

01. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41 (1 KEKOSONGAN - KONTRAK
02. PEGAWAI TADBIR GRED N41 (2 KEKOSONGAN - TETAP)
03. PUSTAKAWAN GRED S41 (2 KEKOSONGAN - TETAP)
04. PEGAWAI FARMASI GRED U41 (1 KEKOSONGAN - TETAP)
05. PEGAWAI PERUBATAN GRED UD41 (1 KEKOSONGAN - TETAP)
06. PENOLONG PEMELIHARA HUTAN GRED G32 (1 KEKOSONGAN – TETAP
07. PEMBANTU MAKMAL GRED C17 (1 KEKOSONGAN - TETAP)
08. JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT17 (3 KEKOSONGAN - KONTRAK)
09. JURUTEKNIK AWAM GRED J17 (1 KEKOSONGAN - TETAP)
10. JURUTEKNIK MEKANIKAL GRED J17 (1 KEKOSONGAN - TETAP)
11. JURUTEKNIK ELEKTRONIK GRED J17 (3 KEKOSONGAN - KONTRAK)
12. JURUTEKNIK ARKITEK GRED J17 (2 KEKOSONGAN - KONTRAK)
13. PELUKIS PELAN GRED J17 (4 KEKOSONGAN - KONTRAK)
14. PEMBANTU PERPUSTAKAAN GRED S17 (1 KEKOSONGAN - TETAP)
15. PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN GRED U17 (1 KEKOSONGAN - TETAP)
16. TUKANG K2 (MEKANIKAL) GRED R11 (3 KEKOSONGAN - 1 TETAP, 2 KONTRAK)
17. TUKANG K3 (ELEKTRONIK) GRED R9 (1 KEKOSONGAN – KONTRAK)
18. TUKANG K3 (MENGECAT) GRED R9 (1 KEKOSONGAN – KONTRAK)
19. OPERATOR LOJI GRED R3 (3 KEKOSONGAN – KONTRAK)

Sekiranya anda berminat, berikut adalah cara mengemukakan permohonan:

(i) Borang permohonan boleh didapati daripada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, Universiti Utara Malaysia dengan mengemukakan sampul surat berukuran 26cm x 34cm beralamat sendiri dan bersetem RM1.00 atau datang mengambilnya sendiri di Kaunter Jabatan Pendaftar, UUM dengan bayaran sebanyak RM 5.00 yang boleh dibayar di Kaunter Bendahari, UUM atau dalam bentuk Wang Pos, dibayar atas nama ‘BENDAHARI UUM’.

(ii) Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan Berkanun dan Kuasa-kuasa Tempatan hendaklah memajukan borang permohonan mereka melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan melampirkan Laporan Penilaian Prestasi dan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan.

(iii) Sila catatkan nama jawatan yang hendak dipohon pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat semasa memohon dan menghantar borang.

(iv) Borang yang telah lengkap diisi beserta salinan sijil-sijil yang telah disahkan hendaklah dikemukakan kepada :

Pendaftar
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok
Kedah Darul Aman
(u.p : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)
Tel : 04-928 3864/4131

Syarat dan kelayakan terperinci permohonan boleh dibaca melalui pautan di bawah:

[UiTM Kedah] - 5 Jawatan Kosong Jun 2012

Tarikh permohonan ditutup 14 Jun 2012.

UiTM - Universiti Teknologi MARA Cawangan Kedah dengan sukacitanya menjemput tuan/puan yang berminat dan berkelayakan untuk mengemukakan permohonan bagi mengisi kekosongan jawatan yang diiklankan seperti berikut:

1. Penolong Pegawai Perubatan U29
2. Juruteknik J17
3. Jururawat Masyarakat U19
4. Pengawal Keselamatan KP11
5. Pemandu R3

Perhatian Penting:
(a) Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan‐Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan rekod perkhidmatan yang dikemaskini.

(b) Hanya permohonan yang ditapis‐senarai akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang dipanggil TEMUDUGA SAHAJA perlu membawa dokumen‐dokumen asal dan salinan sijil‐sijil yang telah DISAHKAN berserta dengan borang permohonan yang telah dicetak untuk diserahkan kepada setiausaha temuduga.

(c) Pemohon‐pemohon yang tidak menerima jawapan daripada pihak universiti selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.

(d) Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

Cara Mengemukakan Permohonan:
- Setiap permohonan yang dihantar hendaklah ditulis nama jawatan yang dipohon disebelah kiri (atas) sampul surat.

- Sila kemukakan permohonan kepada:

TIMBALAN PENDAFTAR
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UiTM CAWANGAN KEDAH
KAMPUS SUNGAI PETANI
PETI SURAT 187
08400, MERBOK
KEDAH DARUL AMAN
NO. TEL: 04-4562053/ 2052/ 2059

Borang permohonan boleh dimuaturun daripada pautan yang kami sediakan di bawah:


Iklan penuh jawatan kosong ini boleh dibaca melalui pautan berikut:

[LLM] - Jawatan Kosong Pembantu Tadbir N17

Tarikh akhir permohonan 11 Jun 2012.

LLM - Lembaga Lebuhraya Malaysia telah membuka satu kekosongan jawatan kepada calon yang berminat untuk menyertai mereka sebagai:

1. Pembantu Tadbir (Pengkeranian/Operasi) (Gred N17)

Jawatan ini adalah bertaraf kontrak dan berikut adalah kelayakan yang diperlukan:

- Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

- (Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan/atau mengambil trengkas).

Cara Permohonan:
Permohonan hendaklah dikemukakan secara atas talin menggunakan kemudahan e-Jawatan LLM di pautan di bawah:


Iklan penuh jawatan kosong LLM ini boleh dibaca melalui pautan berikut:

Kerja Kosong Di Mark Jaya Engineering Sdn Bhd

Mark Jaya Engineering Sdn Bhd (20912-P) mengalu-alukan permohonan daripada orang ramai untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai:

1. PROJECT MANAGER
2. PROJECT ENGINEERS/SUPERVISORS
3. SENIOR AUTOCAD DRAUGHTSMAN / DESIGNER
4. MAINTENANCE SUPERVISOR / TECHNICIAN
5. PURCHASING CUM STORE ASSISTANT

Kelayakan:
- Minima Ijazah/Diploma dalam Engineering untuk jawatan 1, 2, 3 dan 4.
- Minima Diploma dalam bidang berkaitan untuk jawatan 5.

Kepada calon yang berminat, sila hantarkan full resume melalui emel di bawah:

--> hr@markjaya.com.my

Atau

Hantar permohonan anda menggunakan pos/fax ke alamat:

Mark Jaya Engineering Sdn Bhd (20912-P)
No. 7, Lorong SS 13/3D, Subang Jaya Industrial Area,
47500 Selangor

Fax : 03-5634 5697

Tidak mahir menulis resume atau mungkin pertama kali menulis resume kerja? kalau begitu, sila baca di bawah:

Kerja Kosong Junior Accountant Di Bandar Baru Bangi

Tarikh tutup permohonan 15 Jun 2012.

DAYA (A wholly-owned subsidiary of Darya Materials Berhad) menjemput calon yang berkelayakan untuk mengemukakan permohonan bagi mengisi kekosongan jawatan sebagai:

1. Junior Accountant

Syarat dan kelayakan:
- Sarjana Muda dalam bidang Kewangan / Perakaunan atau setaraf.
- Minimum 1 – 2 pengalaman kerja di dalam firma pengauditan.
- Berpengetahuan dalam FRS, taxation regulations dan statutory requirements.
- Pengetahuan dalam ERP process and accounting system adalah satu kelebihan.
- Berkebolehan membuat kerja dengan cekap tanpa kawalan dan sanggup kerja lebih masa.
- Kemahiran komunikasi dan intrpersonal yang kuat dan mampu menahan tekanan.
- Warganegara Malaysia.
- Memiliki kenderaan dan boleh mula bekerja dengan segera.

Calon yang berminat boleh mengemukakan resume lengkap, gambar ukuran passport ke alamat emel:

--> recruitment@dayaoci.com.my (Attn: Pn. Aishah)

Tidak mahir menulis resume atau mungkin pertama kali menulis resume kerja? kalau begitu, sila baca di bawah:

Kerja Kosong Di Smarttrend Sdn Bhd

Smarttrend Sdn Bhd yang beroperasi di Uptown Damansara sedang mengiklankan jawatan kosong di bawah dan kepada yang berkelayakan sila kemukakan permohonan anda. Jawatan yang ditawarkan adalah:

1. Cash Application/Finance Master Data Executive

Syarat dan kelayakan:

- Ijazah dalam Finance/Accountancy/Business Studies atau setaraf dengan pengalaman selama 2-3 tahun dalam bidang berkaitan.

- Fresh graduates adalah digalakkan memohon.

- Boleh bertutur, menulis dan membaca dalam Mandarin untuk kegunaan berurusan dengan pihak Suzhou, di China.

Sekiranya anda berminat, sila kemukakan resume lengkap anda ke alamat emel di bawah:

--> sharifah@smarttrend.com.my

atau

Hubungi talian: 032282 2450

Tidak mahir menulis resume atau mungkin pertama kali menulis resume kerja? kalau begitu, sila baca di bawah:

Kerja Kosong PHP Developer Di George Town

Online Discounted Voucher Supplier yang berpengkalan di George Town, Pulau Pinang mempelawa permohonan daripada calon yang berminat untuk memohon jawatan:

1. PHP Developer

Maklumat tambahan:
Masa bekerja: Monday to Friday (9.00 am to 6.00 pm; Saturday (9.00 am to 2.00 pm)
Gaji ditawarkan: RM 2,000 to RM 2,500

Tugas dan tanggungjawab:
1: Able to develop the program according to requirements and instruction given by management
2: Willing to work closely with other colleagues involved in projects to give organization a visual brand
3: Work closely with sales team on develop the program

Syarat dan Kelayakan:
Kelulusan: SPM and above
Jantina: Lelaki/perempuan
Umur: 18 years old and above
Pengalaman: at least1 year experiences or fresh graduate
Kemahiran: Computer literate, Microsoft Office, PHP program development skill
Bahasa: English, Bahasa Malaysia and Mandarin are required

Calon yang berminat memohon kerja kosong ini, sila hantar resume lengkap, gambar passport dan nyatakan nama jawatan yang dipohon ke alamat emel:

--> malaikattan@yahoo.com

Tidak mahir menulis resume atau mungkin pertama kali menulis resume kerja? kalau begitu, sila baca di bawah:



Konflik Di Tempat Kerja

Konflik merupakan suatu elemen dalam kehidupan manusia sama ada di tempat kerja atau di luar tempat kerja. Ianya tercetus disebabkan seseorang itu mempunyai kemahuan dan pengharapan yang sering bercanggah dengan kemahuan dan pengharapan orang lain samada majikan, rakan sekerja, keluarga sendiri atau individu lain yang perlu berurus dengannya.

Definisi Konflik
-Satu proses yang bermula apabila satu pihak menganggap satu pihak lain telah menghambar, atau akan menghambarkan satu kepentingan dirinya. (Thomas, 1976)
-Definisi ini merangkumi jenis konflik antara individu dan dalam kumpulan.

Tiga Jenis Konflik
Menurut (Stott & Walker, 1992) - Tiga jenis utama konflik ialah..

1.Konflik Diri
2.Konflik antara Manusia (Interpersonal)
3.Konflik Pasukan

Pada post akan datang, kami akan kongsikan dengan lebih mendalam tiga jenis konfik di atas.

Tanggungjawab Majikan - Jika Pemberhentian Kerja Dilakukan

Jika pemberhentian pekerja terpaksa dilakukan, majikan hendaklah melaksanakan tindakan-tindakan seperti berikut :-

4.1 Mengadakan perbincangan dengan pekerja-pekerja atau Kesatuan Sekerja yang mewakili mereka secepat mungkin mengenai pemberhentian pekerja yang akan dilakukan;

4.2 Menawarkan skim pemberhentian/persaraan secara sukarela dengan kadar bayaran pampasan yang munasabah;

4.3 Membayar pampasan atau faedah penamatan kerja kepada pekerja yang layak;

4.4 Menamatkan kontrak perkhidmatan pekerja yang telah melebihi umur persaraan;

4.5 Memberi notis penamatan perkhidmatan sebagaimana yang ditetapkan di bawah Akta Kerja 1955 seperti berikut;

i. 4 minggu notis jika pekerja telah bekerja selama kurang daripada 2 tahun;
ii. 6 minggu notis jika pekerja telah bekerja selama 2 tahun tetapi kurang daripada 5 tahun; atau
iii. 8 minggu notis jika pekerja telah bekerja lebih daripada 5 tahun.

Atau

mengikut tempoh notis penamatan yang dinyatakan dalam kontrak perkhidmatan yang mana lebih baik.

4.6 membantu pekerja-pekerja mencari kerja di tempat pekerjaan lain sebelum pemberhentian dilakukan;

4.7 melaksanakan pemberhentian pekerja secara berperingkat dalam tempoh yang lebih panjang;

4.8 melaksanakan prinsip ‘FWFO’ (Foreign Worker - First Out) dalam kategori pekerjaan yang sama, iaitu memberhentikan pekerja asing terlebih dahulu; dan

4.9 melaksanakan prinsip ‘LIFO’ (Last – In – First – Out) sekiranya pemberhentian hanya melibatkan pekerja tempatan dalam kategori pekerjaan yang sama iaitu memberhentikan pekerja mengikut tempoh perkhidmatan di mana pekerja yang baru berkhidmat ditamatkan terlebih dahulu.

Bagaimanapun, majikan juga boleh melaksanakan pemberhentian pekerja berdasarkan kriteria-kriteria tertentu setelah berunding dan mendapat persetujuan dari pihak pekerja atau kesatuan sekerja yang mewakili mereka.

Sumber: Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia

Pelantikan Kontrak Bagi Jururawat Bersara

Pesara Jururawat boleh dilantik semula secara kontrak sebagai Jururawat di KKM tertakluk kepada keperluan kementerian dan disahkan sihat oleh pengamal perubatan/pergigian berdaftar. Perlantikan kontrak selepas bersara dalam agensi kerajaan adalah menggunapakai Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2008 (Dasar dan Prosedur Perlantikan Secara Kontrak).

Calon yang diambil berkhidmat secara kontrak dalam agensi kerajaan adalah tertakluk kepada syarat berikut:

A) Memenuhi semua syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan bagi jawatan yang ditawarkan kepada calon. Bagi skim perkhidmatan yang mensyaratkan calon berdaftar dengan badan profesional, urusan pendaftaran hendaklah dibuat terlebih dahulu sebelum calon dilantik secara kontrak;

B) Sebarang kelonggaran daripada syarat-syarat dalam skim perkhidmatan perlu mendapat kelulusan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA). Permohonan kelonggaran skim perkhidmatan hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Pembangunan Organisasi, (BPO) Jabatan Perkhidmatan Awam.

SPAT - Semakan Keputusan Temuduga

Semakan Keputusan Temuduga SPAT
Kami percaya, anda tentu sudah berasa lega kerana selamat menghadiri sesi temuduga untuk jawatan yang anda mohon di SPAT baru-baru ini bukan. Hanya satu yang tinggal kini - keputusan temuduga tersebut!

SPAT - Semakan Jadual Temuduga

Semakan jadual temuduga untuk calon yang ada memohon di SPAT boleh dibuat melalui pautan di bawah:


Khusus untuk yang ada memohon di SPAT, sebelum anda menyemak sama ada dipanggil ke temuduga atau tidak, kami kongsikan beberapa petua menghadapi temuduga di bawah:

1. Pakaian semasa menghadiri temu duga

Tuan / Puan adalah dikehendaki untuk berpakaian sopan dan bersesuaian semasa menghadiri temu duga. Contoh pakaian yang dibenarkan ialah :

(a) Lelaki
- Kemeja berkolar lengan panjang atau pendek
- Seluar slack hitam panjang
- Kasut hitam

(b) Perempuan
- Baju kurung / Baju kurung moden / Baju kebaya labuh
- Suit Punjabi
- Kemeja dan skirt panjang
- Kasut yang bersesuaian

2. Adab semasa menghadiri temu duga

(a) Hadir lebih awal dari masa yang ditetapkan
(b) Menyediakan semua dokumen dikehendaki (asal dan salinan disahkan)
(c) Berpakaian sopan dan kemas
(d) Bagi calon lelaki, pastikan rambut tidak panjang
(e) Bawa bersama alat tullis dan fail yang sesuai menyimpan dokumen
(f) Menjaga tingkah laku semasa di pusat temu duga
(g) Tidak membuat bising semasa di pusat temu duga

Untuk panduan lengkap ke sesi temuduga kerja (termasuk adab, perwatakan, sahsiah dan pelbagai kualiti lain yang diperlukan), bacalah panduan yang cukup komprehensif ini:

SPAT - Semakan Status Permohonan

Semakan Permohonan SPAT

SPAT - Semakan Status Permohonan.

Jika anda ada membuat permohonan di Sistem Pengurusan Pengambilan Atas Talian (SPAT) - Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mana-mana jawatan di bawah:

[UTM] - 16 Jawatan Kosong Jun 2012

Tarikh tutup iklan 13 Jun 2012.

UTM - Universiti Teknologi Malaysia memerlukan individu yang dinamik, inovatif dan bercita-cita tinggi untuk bersama-sama menerokai teknologi baru dalam usaha merealisasikan Wawasan Universiti dan Wawasan 2020. Selaras dengan hasrat ini, calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di UTM seperti berikut:

01 PEMBANTU MAKMAL (CA17) - JOHOR BAHRU (TETAP)
02 PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (FA41) - JOHOR BAHRU / KL (KONTRAK)
03 JURUUKUR BAHAN (JA41) - JOHOR BAHRU / KL (KONTRAK)
04 JURUTERA KIMIA (JA41) - JOHOR BAHRU / KL (TETAP)
05 PEMBANTU KESELAMATAN (KP17) - JOHOR BAHRU (TETAP)
06 PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN (KP27) - JOHOR BAHRU (TETAP)
07 PEMBANTU AM PEJABAT (NA01) - JOHOR BAHRU (TETAP)
08 PEMBANTU TADBIR (P/O) (NA17) - JOHOR BAHRU (TETAP/KONTRAK)
09 PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT (NA17) - JOHOR BAHRU (KONTRAK)
10 PENOLONG PEGAWAI TADBIR (NA27) - (TETAP)
11 SETIAUSAHA PEJABAT (NA27) (KONTRAK)
12 PEGAWAI TADBIR (NA41) - JOHOR BAHRU / KL (TETAP/KONTRAK)
13 PEMANDU KENDERAAN (RA03) - JOHOR BAHRU (TETAP)
14 PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN (UA29) (TETAP)
15 JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN (UA29) - JOHOR BAHRU / KL (TETAP)
16 PEGAWAI KEWANGAN (WA41) - JOHOR BAHRU / KL (TETAP/KONTRAK)

Cara memohon:
Permohonan hendaklah dibuat secara online menggunakan borang online. Sila catatkan no siri jawatan untuk memudahkan anda membuat permohonan. No siri jawatan boleh diperolehi dengan melayari iklan penuh jawatan di:


Borang online untuk membuat permohonan, boleh diakses menggunakan pautan berikut:

[UiTM Sarawak] - 5 Jawatan Kosong Jun 2012

Tarikh tutup permohonan adalah pada hari Isnin,11 Jun 2012.

UiTM Sarawak mempelawa calon warganegara yang berkelayakan untuk memohon jawatan terkini yang ditawarkan seperti di bawah:

1. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM S41
2. PENOLONG PENGURUS ASRAMA (Pengurusan Hospitaliti) N27
3. JURUTEKNIK(Kejuruteraan Awam) J17
4. PEMBANTU KESELAMATAN KP17
5. TUKANG K3 (Kayu) R9

Borang permohonan dan syarat lantikan secara terperinci berkenaan jawatan-jawatan yang diiklankan boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang UiTM Sarawak di http://sarawak.uitm.edu.my dan juga boleh didapati sendiri di Bahagian Pentadbiran, UiTM Sarawak. Sila nyatakan jawatan yang dipohon dipenjuru atas sebelah kiri sampul surat.

Kepada calon yang berminat, sila kemukakan permohonan anda ke alamat:

TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
(BAHAGIAN PENTADBIRAN)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) SARAWAK
94300 KOTA SAMARAHAN
SARAWAK
NO.TEL: (082) 677226

Iklan penuh jawatan boleh dibaca melalui pautan di bawah:



[MAINPP] - 3 Jawatan Kosong Jun 2012

Tarikh permohonan ditutup 15 Jun 2012.

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong di Pentadbiran Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang bagi kekosongan berikut:

1. PEGAWAI TADBIR GRED N41
2. PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L41
3. PENOLONG JURUTERA GRED J29

Cara membuat permohonan:
- Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang boleh diperolehi secara PERCUMA melalui laman web.: www.mainpp.gov.my.

- Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 32sm x 22sm ke alamat berikut:

Setiausaha,
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang,
Tingkat 8 & 9, Menara UMNO,
No.128, Jalan Macalister,
10400 PULAU PINANG.

Iklan penuh jawatan ini boleh dibaca melalui pautan di bawah:


Sementara, borang permohonan boleh diperolehi secara online menggunakan pautan berikut:

[AJINOMOTO] - Temuduga Terbuka Jun 2012

AJINOMOTO mempelawa warganegara Malaysia untuk menghadiri termuduga terbuka seperti di lokasi berikut:

Ajinomoto (Malaysia) Berhad – Kuantan Branch
B1-A Bawah, Lorong Padang Lalang 14,
Jalan Tanjung Api, 25050 Kuantan,
Pahang.

Tarikh dan masa temuduga terbuka ini berlangsung ialah pada:

Tarikh : 11 June 2012 and 12 June 2012 (Monday and Tuesday)
Masa: 9.00 am – 12.00 pm / 1.00 pm – 4.00 pm

Kelayakan yang diperlukan:

- Lelaki berumur 21 tahun dan ke atas.
- Mempunyai SPM.
- Memiliki lesen GDL.
- Sihat dan sanggup berkerja.
- Mempunyai pengalaman kerja selama 1-2 tahun dalam bidang berkaitan.

Maklumat lanjut, sila berhubung dengan En. Jason Wong Yow Chong melalui:

Tel No: 017-4877368
E-mail: ajinomoto@ajikl.com.my

[TNB] - Jawatan Kosong Executive (Security)

Tarikh akhir permohonan 28 Jun 2012.

TNB - Tenaga Nasional Berhad mengeluarkan iklan melalui Jobsstreet bagi jawatan:

1. Executive (Security) – Corporate Service Division

Kelayakan diperlukan:
- Possess a good Diploma from any field except Engineering with CGPA 3.00 or Second Class Upper and above and certified by Malaysia Qualification Agency (MQA).

- Have a minimum of 1-3 years experience in security management.

- SPM/SPMV with credits in Bahasa Melayu, English and Mathematics.

- Preferably Junior Executives specializing in Security/Armed Forces/Protective Services or equivalent.

Kepada warganegara yang berkelayakan dan berminat, sila kemukakan permohonan anda secara online melalui portal Jobstreet di pautan di bawah:


Penting:
Permohonan anda hendaklah disertakan sekali dengan resume yang lengkap dan menarik untuk meninggikan lagi potensi anda untuk dipanggil ke sesi temuduga untuk jawatan ini.

Baca panduan menulis resume yang baik melalui pautan berikut:

Cara Memohon Jawatan Jururawat

Cara Memohon Jururawat
Permohonan Melalui Portal SPA - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Calon yang mempunyai kelulusan seperti yang dikehendaki adalah layak untuk memohon jawatan Jururawat dengan mengisi Borang SPA8i melalui laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di pautan ini.

Panduan Majikan Untuk Elak Pemberhentian Kerja

Pemberhentian pekerja bermaksud penamatan kontrak perkhidmatan akibat Keadaan berlebihan pekerja boleh timbul daripada beberapa sebab seperti penutupan syarikat, penyusunan semula syarikat, pengurangan pengeluaran, penggabungan syarikat, perubahan teknologi, pengambilalihan syarikat, kegawatan ekonomi dan lain-lain.

Apabila timbul keadaan berlebihan pekerja, majikan hendaklah terlebih dahulu mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk mengelakkan pemberhentian pekerja sebagaimana yang dicadangkan di dalam Tatacara Keharmonian Perusahaan iaitu:-

3.1. membekukan pengambilan pekerja baru kecuali bagi bidang-bidang yang kritikal;

3.2. menghadkan kerja lebih masa;

3.3. menghadkan kerja pada hari rehat mingguan dan cuti am;

3.4. mengurangkan hari-hari bekerja dalam seminggu atau mengurangkan bilangan kerja giliran;

3.5. mengurangkan waktu kerja harian;

3.6. mengadakan program latihan semula kepada pekerja;

3.7. mengenalpasti kerja-kerja alternatif dan pertukaran ke bahagian/kerja lain di dalam syarikat yang sama;

3.8. melaksanakan pemberhentian kerja sementara (lay-off) misalnya dalam bentuk penutupan sementara (temporary shut down) dengan menawarkan gaji yang berpatutan dan membantu mereka mendapatkan kerja sementara di tempat lain sehingga operasi dapat diteruskan semula. Jika majikan melaksanakan pemberhentian sementara, maklumat tempoh pemberhentian sementara tersebut hendaklah dilaporkan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) untuk tujuan pemantauan sama ada pekerja tersebut diambil semula bekerja atau ditawarkan Pemberhentian Secara Sukarela (Voluntarily Separation Scheme - VSS) atau pemberhentian tetap pada masa-masa hadapan; dan

3.9. mengurangkan gaji pekerja (Pay-Cut) yang dibuat secara adil di semua peringkat adalah langkah terakhir selepas langkah-langkah penjimatan kos lain sudah dilaksanakan.

3.10. kenalpasti kekosongan jawatan di syarikat-syarikat lain untuk ditawarkan kepada pekerja yang akan diberhentikan. Langkah-langkah di butiran 3.7, 3.8 dan 3.9 hendaklah dilaksanakan dengan persetujuan bertulis daripada pekerja atau kesatuan sekerja yang mewakili mereka.

Langkah-langkah di butiran 3.7, 3.8 dan 3.9 hendaklah dilaksanakan dengan persetujuan bertulis daripada pekerja atau kesatuan sekerja yang mewakili mereka.

Sumber: Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia

Pertukaran Pusat Pemeriksaan Calon Pegawai Bomba KB17

SPA baru sahaja mengumumkan berita tentang pertukaran pusat pemeriksaan fizikal, pancaindera dan kecergasan Pegawai Bomba Gred KB17 yang melibatkan calon pada tarikh dan pusat berikut:-

Tarikh Pemeriksaan:
06 Jun 2012 dan 07 Jun 2012

Daripada pusat pemeriksaan lama di:
Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia,
Lebuh Wawasan, Presint 7,
62250 PUTRAJAYA

Ke pusat baru di:
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia,
Cyberjaya, Persiaran Apec,
63000 CYBERJAYA

Jadi kepada calon pemeriksaan fizikal, pancaindera dan kecergasan Pegawai Bomba Gred KB17 yang terlibat, harap maklum perkara ini. Jangan sampai tersalah tempat pula. Nanti kelam-kabut jadinya.

Kerja Kosong Di Mango ChaCha

Mango ChaCha adalah sebuah Dessert Shop yang menyediakan sensational dessert daripada buah Mangga Taiwan jenis Irwin Mangoes. Lokasi di Kuala Lumpur. Pada ketika ini sedang mencari crew untuk memulakan operasi mereka.

Berikut adalah maklumat kerja kosong ini:-

Company: MangoChaCha Management
Experience: No preference
Educational Qualification: No preference
Skills: Customer Service
Salary: Minimum – 5.00 MYR Per Hour
Career Level: Student
Job Type: Temporary/Contract/Project
Job Status: Full Time / Part Time

Sekira anda berminat dan ingin berkerja secara part time atau pun ful time, sila hantarkan permohonan anda ke:-

Email: malaysia@mangochacha.com

Atau..

Tel: 016-9576616

[PENA Group] - 2 Jawatan Kosong Jun 2012

PENA Group telah ditubuhkan pada 2003 dan mengadakan kerjasama dengan syarikat pembinaan, pembuatan dan rekabentuk pada ketika kini sedang mengiklankan kekosongan jawatan seperti berikut:

1. SITE MANAGER

Requirements:
5 – 8 yrs experience (preferably in ID fit-outs)

2. SITE SUPERVISOR

Requirements:
3 – 5 yrs experience (preferably in ID fit-outs)

Kepada calon yang berminat, dijemput untuk memohon dengan menghantarkan resume lengkap berserta gaji semasa dan juga kadar gaji yang dikehendaki. Jangan lupa juga gambar berukuran passpost ke:

Email: careers@penagroup.com.my
Tel: +603-2282 2122
Web: www.penagroup.com.my

P/s: Panduan komprehensif menulis resume boleh diperolehi melalui pautan di bawah:

[JKR] - 12 Jawatan Kosong Jun 2012

Tarikh akhir permohonan 11 Jun 2012.

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan di Kementerian Kerja Raya Malaysia seperti berikut:

01. OPERATOR LOJI
02. PEKERJA AWAM KHAS
03. PEKERJA AWAM
04. PEMANDU KENDERAAN
05. PEMBANTU AM PEJABAT
06. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK
07. TUKANG K2 – JURUGEGAS JENTERA
08. TUKANG K3 – PENCARI KEROSAKAN
09. TUKANG K3 – PENDAWAI ELEKTRIK
10. TUKANG K3 – TUKANG BATU/SIMEN
11. TUKANG K3 – TUKANG CAT/TULIS
12. TUKANG K3 – TUKANG KAYU

Syarat-syarat Permohonan adalah seperti berikut:
(a) Permohonan boleh dibuat dengan melayari terus melalui Laman Web : www.jobsmalaysia.gov.my;

(b) Tarikh tutup permohonan adalah pada 11 JUN 2012;

(c) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga;

(d) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas TIGA (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya;

(e) Pemohon-pemohon yang pernah sebelum ini memohon jawatan di atas dikehendaki mengemukakan permohonan semula dengan lengkap, jika masih berminat;

(f) Pegawai Sedang Berkhidmat (PSB) dengan Kerajaan hendaklah membuat permohonan secara online selaras dengan Surat Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Bilangan 2 Tahun 2004 : Permohonan Jawatan Secara Online oleh Pegawai Sedang Berkhidmat ; dan

(g) Pihak Kementerian Kerja Raya Malaysia tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan urusan ini.

Untuk membaca iklan penuh jawatan ini, sila kunjungi pautan ini:

[FELDA HOLDINGS] - 3 Jawatan Kosong Jun 2012

Tarikh akhir permohonan 8, 21 dan 25 Jun 2012.

Felda Global Ventures Holdings Berhad (Felda Global) mempelawa calon yang berkelayakan dan meminati kerjaya di FELDA untuk membuat permohonan bagi jawatan-jawatan berikut:

1. Manager, External Communications
2. Management Trainee Programme
3. Manager Secretarial
4. Executive Secretarial

Untuk maklumat lanjut, sila lihat iklan penuh jawatan ini melalui pautan di bawah:


Permohonan hanya boleh dibuat secara online melalui MyJobStreet. Layari pautan di atas dan anda akan diberikan arahan bagaimana untuk membuat permohonan.

Syarat Lantikan Jururawat U29 Dan U41

Syarat Lantikan Jururawat U29 Dan U41
Pada kali ini ringkas sahaja, hanya kami ingin berkongsikan apakah syarat lantikan untuk menjadi seorang Jururawat Gred U29 dan Jururawat Gred U41. Berikut syaratnya..

Syarat Lantikan Ke Jururawat Gred U29
- Memiliki Diploma Kejururawatan daripada Kolej Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia, Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia; dan

- Telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.

- Lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Lantikan Ke Jururawat Gred U41
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Kejururawatan dengan Kepujian dalam bidang berkaitan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia; dan

- Telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.

- Lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Panduan Temuduga Juruteknik J17 (Elektrik)

Anda dipanggil ke temuduga Jururteknik J17 (Elektrik)? Sudahkah anda bersedia? Adakah persiapan-persiapan anda sudah lengkap dan hanya menunggu tarikh temuduga Jururteknik J17 (Elektrik) sahaja? Bagus kalau begitu. Dan bagi yang belum, kali ini kami kongsikan sedikit petua buat anda. Mudah-mudahan panduan temuduga Jururteknik J17 (Elektrik) yang dipaparkan ini memberikan sedikit manfaat buat anda.

Kami percaya anda sudah tahu bahawa temuduga Jururteknik J17 (Elektrik) yang diadakan oleh SPA pada tarikh 4 hingga 6 Jun 2012 ini adalah untuk calon yang akan ditempatkan di Jabatan Kerja Raya (JKR). Ini bermakna selain daripada tahu hal-hal teknikal sebagai seorang Jururteknik J17 (Elektrik), anda juga mesti faham serba sedikit struktur dan pengurusan JKR. Ini termasuklah siapa Menterinya, pengarah, mot0, misi, visi dan lain-lain hal bersangkutan jabatan ini. Untuk mendapatkan maklumat berkaitan ini semua, sila layari Laman Rasmi JKR.

Dikongsikan juga statistik temuduga Jururteknik J17 (Elektrik) kali ini. Untuk makluman, bilangan permohonan siterima SPA untuk jawatan ini adalah seramai 11 350 dan yang bertuah dipanggil ke temuduga adalah seramai 325 orang dan ini termasuklah anda. Tahniah.

Berkaitan dengan maklumat am jawatan Juruteknik J17 (Elektrik). Jawatan ini adalah termasuk di dalam kategori sokongan dengan tangga gaji permulaan sebanyak RM952.66 (ini belum termasuk elaun-elaun). kalau masuk, ia adalah dalam lingkungan RM1 200 - RM1 400.

Antara tugas am seorang Juruteknik J17 (Elektrik) ialah membantu mengendalikan kerja-kerja pemasangan elektrik, janakuasa dan power station, memastikan kontraktor menggunakan bahan bermutu yang ditetapkan dan menyelia kerja di tapak projek. Ini mesti anda hafal, takut-takut kalau ia ditanya oleh penemuduga.

Paling penting, anda sebagai seorang Juruteknik Elektrik J17 mestilah menguasai pengetahuan teknikal yang asas. Kami tidak akan menyentuh secara detil, cukuplah sekadar menyebut beberapa topik yang harus diingat termasuklah:

1. Amalan Kejuruteraan Elektrik (Undang-undang, Peraturan dan Standard)

2. Akta Bekalan Elektrik dan Peraturan-peraturan Elektrik,

3. Rekabentuk (Merancang, pengiraan dan Menginterpretasi lukisan),

4. Penyeliaan (Gambarajah litar, spesifikasi dan permohonan bekalan),

5. Senggara (Praktik, prosedur dan metodologi),

6. Teknologi Maklumat (Perisian asas, LAN),

7. Sistem telefon (IP Phone, VOIP dan VOIB),

Akhir sekali, dalam mana-mana temuduga sekalipun aspek keutuhan peribadi dan integriti menjadi komponen yang tidak pernah diabaikan. Ini berani kami jamin. Belum ada temuduga yang tidak menilai kesesuaian calon dari sudut sahsiah, akhlak dan lain-lain nilai dalam diri calon. Untuk komponen yang ini anda jangan bimbang kerana kami punya cadangan yang akan menyediakan anda dari aspek dengan amat baik sekali. Bagus sekali kalau anda dapat membaca panduan yang dicadangkan di bawah:


Dengan cadangan tersebut, kami doakan anda berjaya dan seterusnya terpilih sebagai calon yang layak untuk jawatan ini.

[CONVERSE] - 6 Jawatan Kosong Jun 2012

Converse USJ pada ketika ini mengalu-alukan permohonan daripada calon yang berkelayakan untuk mengisi jawatan seperti berikut:

1. SALES EXECUTIVE
- Min. SPM with 2 years of relevant sales experience on footwear or apparel.

2. MERCHANDISER CUM BUYER
- Min. Diploma or equivalent with at least 2 years of relevant experience and familiar in apparel and accessories with good fashion sense.

3. BRAND ADMIN ASSISTANT
- Min. Diploma in Marketing / Mass Communication.

4. BOUTIQUE OPERATIONS EXECUTIVE
- Min. 2-3 years of relevant working experience in boutique operations.

5. BOUTIQUE SUPERVISOR / ASSISTANT SUPERVISOR
- Min. SPM or 2 years of relevant working experience in boutique operations.

6. SALES ASSISTANT / PROMOTER
- Min. SPM or 2 years of relevant working experience in boutique.

Nota*: Graduan juga dibenarkan untuk memohon jawatan 3, 5 dan 6.

Kepada calon yang berminat, sila emelkan resume lengkap, gambar ukuran passport dan gaji yang dikehendaki ke alamat emel berikut:

--> yong@alanticsports.com

Untuk panduan menulis resume lengkap dan menarik hati bakal majikan, sila baca:

[Takashima Health-Mart] - 4 Jawatan Kosong Jun 2012

Takashima Health-Mart memerlukan calon yang sesuai dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

1. Merchandising cum Receiver
-Min Diplomaand Min 2years working experience in any field.

2. Admin Officer
- Min Certificate/Diploma and Min 2years working experience.

3. Customer Service Officer
- Min Certificates/Diploma and Min 1 years working experience in TELEMARKETING.

4. Fair/Event Team
- Min SPM, Willing to travel outstation if require and Age 20-35.

Calon yang berminat, boleh menghubungi Puan Vickey untuk temujanji temuduga atau menggunakan fax/emel untuk menghantarkan resume lengkap anda. Hantar resume anda ke alamat di bawah:

Takasima Health-Mart Sdn Bhd
No.4, Jalan Bukit Permai Utama 3
Taman Industri Bukit Permai
56100 Kuala Lumpur
Tel : 03 – 42948244
Fax : 03 – 42949244
Email: vickey@takasima.com.my

Untuk panduan menulis resume lengkap dan menarik hati bakal majikan, sila baca:

[USIM] - 5 Jawatan Kosong Jun 2012

Tarikh akhir permohonan 9 Jun 2012.

Universiti Sains Islam Malaysia sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti mempelawa warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan untuk mengemukakan permohonan bagi jawatan-jawatan berikut:

1. Pegawai Perubatan
2. Penolong Pendaftar
3. Jururawat Pergigian
4. Juruteknologi Pergigian
5. Pembantu Pembedahan Pergigian

Cara mengemukakan permohonan:
i . Permohonan hendaklah dibuat menerusi laman web USIM dan klik ke e-IRIS. Panduan permohonan dan maklumat terperinci mengenai jawatan di atas serta syarat-syarat kelayakan boleh diperolehi melalui laman web tersebut.

ii. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap gagal.

iii. Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 06-7988125/8114/8113.

Iklan penuh kekosongan jawatan ini boleh dibaca melalui pautan berikut:

[KTMB] - 2 Jawatan Kosong Jun 2012

Tarikh permohonan ditutup 4 Jun 2012.

Keretapi Tanah Melayu Berhad mengalu-alukan permohonan daripada warganegara Malaysia untuk mengisi kekosongan jawatan di bawah:

1. MARKETING & BUSINESS DEVELOPMENT EXECUTIVE
2. MARKETING & BUSINESS DEVELOPMENT MANAGER

Iklan penuh jawatan-jawatan di atas boleh dibaca melalui pautan berikut:



Calon yang berminat, dijemput menulis dan menghantar resume lengkap, nombor telefon perhubungan dan gambar bersaiz passport terkini ke alamat berikut:

KTMB (Car Park) Sdn. Bhd.
Tingkat Bawah, Platfom 1, Blok Annexe Selatan,
Bangunan Stesen Keretapi,Jalan Sultan Hishamudin,
50050 Kuala Lumpur.
Tel : 03 – 2273 6419 / 2263 1470

Untuk panduan menulis resume lengkap dan menarik hati bakal majikan, sila baca:

[UMS] - 3 Jawatan Kosong Jun 2012

Tarikh akhir permohonan ditutup 25 Jun 2012.

UMS - Universiti Malaysia Sabah pada ketika ini menawarkan lebih daripada 20 kekosongan jawatan sambilan. UMS mengalukan permohonan daripada calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bagi sesi 2012/2013 bagi 3 jenis jawatan di bawah:

1. Pensyarah Sambilan
2. Jurulatih Sambilan
3. Demostrator Sambilan

Iklan penuh termasuk syarat dan kelayakan boleh diperolehi melalui pautan berikut:


Cara mengemukakan permohonan:

a. Pemohon hendaklah menghantar borang permohonan yang telah lengkap diisi dalam 2 (dua) salinan berserta:

i. Resume/Curriculum Vitea (CV) yang terkini.

ii. 2 (dua) gambar berukuran Pasport.

iii. Salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:

• Salinan Sijil yang berkaitan/Diploma / Ijazah
• Salinan Transkrip
• Salinan Kad Pengenalan
• Salinan Sijil Kelahiran.

c. Pemohon-pemohon yang terdiri daripada pegawai-pegawai sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing. Pemohonan yang tidak mengikut prosedur tersebut tidak akan dipertimbangkan.

Permohonan yang telah dilengkapkan hendaklah dikemukakan kepada:

PENOLONG PENDAFTAR KANAN
PUSAT KOKURIKULUM & PEMAJUAN PELAJAR
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
ARAS 2, DEWAN CANSELOR
JALAN UMS, 88400 KOTA KINABALU, SABAH
NO TEL: 088-320000 (EXT: 4106/4108)
NO FAKS: 088-320885

Untuk panduan menulis resume lengkap dan menarik hati bakal majikan, sila baca:

[MD Kota Tinggi] - 18 Jawatan Kosong Jun 2012

Tarikh tutup permohonan 8 Jun 2012.

Permohonan adalah dipelawa daripada rakyat Negeri Johor dan warga Malaysia amnya untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Daerah Kota Tinggi seperti berikut:

Jawatan Tetap:-
1 Pegawai Tadbir Pengurusan Dan Profesional N41
2 Pegawai Kesihatan Persekitaran Pengurusan Dan Profesional, Sokongan (Skim Khidmat Bersepadu) U41
3 Penolong Arkitek Landskap Sokongan J29
4 Penolong Jurutera Sokongan J29
5 Penolong Pegawai Penilai Sokongan W27
6 Penolong Juruaudit Sokongan W27
7 Penolong Akauntan Sokongan W27
8 Penolong Pegawai Tadbir Sokongan N27
9 Penolong Pegawai Undang-Undang Sokongan L29
10 Pembantu Setiausaha Pejabat / Setiausaha Pejabat Sokongan N17
11 Pembantu Belia Dan Sukan Sokongan S17
12 Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Sokongan S17
13 Pembantu Juruaudit Sokongan W17
14 Pembantu Kesihatan Awam Sokongan U17
15 Penghantar Notis Sokongan N3
16 Pekerja Awam Sokongan R1

Jawatan Kontrak:-
1 Penolong Pegawai Undang-Undang Sokongan L29
2 Pembantu Penguatkuasa Letak Kereta Sokongan N17

Cara memohon:-
Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan yang boleh di perolehi dengan melayari laman web Majlis Daerah Kota Tinggi di www.mdkt.gov.my atau boleh diperolehi di Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Daerah Kota Tinggi.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:-
YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH KOTA TINGGI
JALAN PADANG
81900 KOTA TINGGI

Gunakan pautan di bawah untuk mendapatkan syarat lantikan dan borang permohonan:



[KWSP] - 3 Jawatan Kosong Jun 2012

Application close by 9 Jun 2012.

KWSP currently embarking on a project to develop a Business Intelligence/Decision Support System to meet increasing information and knowledge requirements necessary for operational efficiency, planning, and decision making.

Applications for the positions below are invited from qualified candidates who have good analytical and communication skills. Successful candidates will be joining our project implementation team and will be part of the knowledge management team that will be the custodian of the BI system and the Data Warehouse. Remuneration will commensurate with qualifications and experience.

Positions:
1. Senior Decision Support System/Business Intelligence Analyst
2. Decision Support System/Business Intelligence Analyst
3. Legal Officer

How to apply:
Interested candidates are invited to submit their application letter (stating the position applied for) together with their resume stating details of qualifications, experience and current salary, contact numbers and a passport sized photograph (not returnable) to the following address:

(For Positions 1 and 2)
Human Resource Department
Level 21, EPF Building
Jalan Raja Laut
50350 Kuala Lumpur

OR

Email: officers.jppro@gmail.com

(For Positon 3)
Chief Executive Officer Employees Provident Fund,
Human Resource Management Department,
Level 21, Bangunan KWSP, Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur.

OR

Email: legal.officerjuu@gmail.com

Syarat, kelayakan dan pengalaman diperlukan untuk membuat permohonan jawatan di KWSP boleh di perolehi melalui pautan berikut:


Tidak mahir menulis resume yang betul-betul mampu memikat hati bakal penemuduga KWSP? Tapi anda memang mahukan kerja ini? Kalau begitu, bacalah cara menulis resume yang hebat melalui pautan di bawah:

[PERDA] - 8 Jawatan Kosong Jun 2012

Tarikh akhir permohonan 8 Jun 2012.

PERDA atau Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang sedang menawarkan jawatan-jawatan kosong seperti berikut:

1. PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI DH41 (Seni Reka Fesyen/Multimedia)
2. PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL J41 (Kejuruteraan Pertanian/Kejuruteraan Elektrik)
3. PENOLONG PEGAWAI PERPUSTAKAAN S27
4. PEMBANTU PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL J17 (Kejuruteraan Pertanian)
5. JURUAUDIO VISUAL N17
6. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM S17

Cara mengemukakan Permohonan:
Semua permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang PERDA AM 1 yang boleh didapati di Pejabat Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) dengan menyertakan sampul surat berukuran 23cm x 10cm yang beralamat sendiri dan bersetem RM 0.60 atau layari laman web PERDA atau datang sendiri ke Ibu Pejabat PERDA.

Semua permohonan hendaklah dikemukakan kepada:-

PENGURUS BESAR
LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH PULAU PINANG (PERDA)
NO. 1, LORONG KAMPUNG GAJAH 2
JALAN KAMPUNG GAJAH
12200 BUTTERWORTH

Bagi permohonan yang berjaya dalam pemilihan ini semua keputusan akan dimaklumkan melalui surat atau sms terus ke nombor telefon yang diberikan, bagi permohonan yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup adalah dianggap tidak berjaya.

Borang permohonan boleh didapati daripada pautan di bawah:-

[Majlis Perbandaran Muar] - 5 Kekosongan Jawatan Jun 2012

Tarikh tutup permohonan 11 Jun 2012.

Majlis Perbandaran Muar mempelawa jelata Negari Johor Darul Ta'zim untuk mengemukakan permohonan bagi mengisi kekosongan jawatan seperti di bawah:

1 Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29
2 Pentadbir Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17
3 Pembantu Tadbir ( Kewangan) W17
4 Pegawai Khidmat Pelanggan N17
5 Pemandu Kenderaan R3

Pemohon yang berminat boleh mendapatkan borang permohonan melalui pautan di bawah:


Maklumat penuh iklan kekosongan jawatan ini boleh dibaca menggunakan pautan ini: