7 Senarai Semak Sebelum Hadir Peperiksaan PTD - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

7 Senarai Semak Sebelum Hadir Peperiksaan PTD


Sudah tidak beberapa hari sahaja lagi para calon Peperiksaan PTD M41 akan menduduki peperiksaan bertulis. Jadi kali ini kami kongsikan senarai semak sebelum hadir peperiksaan PTD. Semua kelengkapan ini anda untuk sediakan sebelum menduduki peperiksaan PTD yang penting ini untuk mengelakkan sebarang masalah nanti.

1. Pastikan anda bawa kad pengenalan dan surat panggilan peperiksaan

2. Pastikan pensel, pen dan pemadam yang dibawa adalah betul-betul mencukupi untuk keseluruhan peperiksaan pada hari tersebut. Jangan berharap agar calon lain akan meminjamkan alat tulis mereka kepada anda. Bawa juga kelengkapan lain yang dirasakan perlu.

3. Kelengkapan peribadi anda seperti pakaian solat dan lain-lain menadangkan ianya akan dilakukan sepanjang hari dari pagi sehingga petang

4. Bekal makanan supaya anda tidak kalut mencari makanan tengah hari. Tiada makanan dari pihak SPA dan kemungkinan cafe/kantin sesak dan anda akan buang masa sekiranya anda menunggu lama untuk membeli makanan disamping menambahkan kekalutan anda.

5. ‘Survey’ dahulu di mana letaknya pusat peperiksaan anda (jikalau boleh sebelum hari peperiksaan) dan pastikan anda sampai 15 - 20 minit sebelum peperiksaan bermula bagi mengelakkan sebarang kelewatan.

6. Gunakan masa untuk memenuhkan butiran diri serta hitamkan butiran diri pada kertas OMR bagi memastikan anda punya lebih banyak masa terluang selepas itu.

7. Mengikut pengalaman yang lepas, anda tidak boleh menggunakan kalkulator, jadi bersedialah untuk itu.

Beri perhatian kepada 7 perkara ini dan mudah-mudahan anda tidak tertinggal barang penting dan menjawab soalan dengan tenang dan yakin tanpa gangguan yang menyebabkan anda ‘kalah sebelum bersilat’.

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!