Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Apakah Peranan Dan Tugas Seorang Jururawat?

Peranan Dan Tugas Seorang Jururawat
Peranan dan tugas jururawat secara umumnya merangkumi aktiviti penjagaan kesihatan primer, sekunder dan tertiar. Bagi aktiviti penjagaan kesihatan primer, meliputi aktiviti-aktiviti promosi kesihatan, pencegahan dan pengawalan penyakit, jagaan perawatan dan rehabilitasi. Manakala bagi penjagaan kesihatan sekunder dan tertiar pula ia melibatkan aktiviti-aktiviti penjagaan kesihatan di hospital-hospital.

Selaras dengan tugas jagaan perawatan secara holistik tersebut, jururawat perlu memantau keadaan pesakit dari semasa ke semasa, mendokumenkan rekod kemajuan perawatan serta membuat tindakan sewajarnya dan melaporkan keadaan luar biasa kepada pihak yang bertanggung jawab.

Dalam melaksanakan tugas dan tanggung jawab seharian, jururawat adalah tertakluk kepada Akta Jururawat 1950, Akta Bidan 1966, Code of Professional Conduct for Nursing, Polisi, Peraturan-peraturan dan Garis panduan yang telah ditetapkan dalam meningkatkan kualiti jagaan perawatan kesihatan serta penglibatan masyarakat, keluarga dan komuniti.

Memandangkan jururawat merupakan tenaga kerja terbesar serta memainkan peranan penting dalam perkhidmatan kesihatan negara maka, tenaga kerja jururawat memerlukan pasukan professional yang dinamik dan responsif terhadap dasar kesihatan negara, keperluan pelanggan dan persekitaran yang sentiasa berubah. Setiap jururawat mampu memberi perkhidmatan kepakaran kejururawatan menerusi amalan budaya penyayang, kerja berpasukan, efisien, efektif dan profesional, seiring dengan teknologi terkini yang bersesuaian ke arah peningkatan kehidupan yang berkualiti.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!