Bahasa Inggeris Dan Temuduga - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

Bahasa Inggeris Dan Temuduga

Walaupun bukan semua sesi temuduga berlangsung di dalam bahasa Inggeris, tetapi kerap kali juga ditemui bahawa penemuduga dengan tiba-tiba mengajukan soalan di dalam bahasa Inggeris. Ini memang sering terjadi.

Petua menghadapi temuduga dengan baik adalah menjawab soalan yang diajukan dengan betul. Sekiranya soalan diajukan di dalam bahasa Malaysia, anda perlulah menjawabnya menggunakan bahasa Malaysia yang elok, jelas dan tepat. Begitu juga, andai soalan dikemukan oleh penemuduga di dalam bahasa Inggeris dengan tiba-tiba, anda haruslah menjawabnya dengan menggunakan bahasa Inggeris yang terang, tersusun dan fasih.

Menjawab soalan temuduga menggunakan bahasa Inggeris yang bercampur dengan bahasa Malaysia atau lebih dikenali sebagai bahasa rojak adalah kesilapan yang besar. Penemuduga tidak bermaksud mahu melihat gurauan anda. Mereka ingin melihat kebolehan anda. Jadi tunjukkan keupayaan anda yang sebenar.

Tunjukkan kepada penemuduga jika dia mahir berbual bahasa Inggeris, anda juga sebaiknya. Inilah yang mereka mahu lihat.

Tidak ada jaminan penemuduga menggunakan bahasa Malaysia sepanjang temuduga dalam mana-mana sesi. Lebih-lebih lagi jika anda menghadiri sesi temuduga dalam sektor swasta.

Jadi anda harus mempersiapkan diri dengan kemungkinan-kemungkinan mendadak seperti ini. Tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris anda hari ini juga.


Panduan Mahir Bahasa Inggeris Untuk Temuduga
[ Panduan Menguasai Bahasa Inggeris ]
Klik Sini Untuk Melihat Panduan Menguasai Bahasa Inggeris Ini


No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!