Bidang Tugas Seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

Bidang Tugas Seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik

Bidang Tugas Seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik
Bidang Tugas Seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik.

Sudah tentu, satu topik yang paling pasti disoal di dalam ujian bertulis mahu pun sesi temuduga untuk jawatan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik adalah berkenaan bidang tugas sebagai seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik itu sendiri. Topik ini confirm ditanya.

Secara amnya, seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik berperanan merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

Disebabkan tanggungjawab yang besar di atas, maka memasuki dunia Pegawai Tadbir dan Diplomatik bukanlah semudah yang disangka. Calon-calon yang berkelayakan (memiliki ijazah Sarjana Muda) akan dipanggil menduduki peperiksaan memasuki perkhidmatan PTD dan mereka yang lulus akan menghadiri ‘Assesment Centre' di INTAN.

Hanya calon yang melepasi ‘Assesment Centre' itu akan ditemu duga. Calon-calon yang berjaya dalam temu duga dan diluluskan oleh Suruhanjaya untuk perlantikan ke jawatan PTD Gred M41 dan dikehendaki mengikuti latihan Diploma Pengurusan Awam di INTAN dan mesti lulus latihan berkenaan bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan.

Bercerita tentang gaji. Pada P1T1 tangga gaji permulaan seorang PTD adalah pada kadar Rm2 252.80. Itu adalah gaji pokok dan belum termasuk elaun-elaun penjawat awam lain yang ditawarkan. Sementara KGT (kenaikan gaji tahunan) adalah RM225.00 setahun.

-----

Tahniah jika anda dipanggil ke exam Pegawai Tadbir Diplomatik M41! Dapatkan 40 Nota Padat, Penerangan Lengkap Format Peperiksaan, Contoh Soalan & Jawapan Seksyen A, Contoh Soalan & Jawapan Seksyen B, Contoh Soalan & Jawapan Seksyen C dan Koleksi Soalan Khas GST & GTP melalui pautan berikut:

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!