Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Cara Mengatasi Masalah Dalam Esei BI

Esei BI adalah seksyen tetap di dalam exam bertulis gred 41. Boleh dikatakan hampir kesemua exam bertulis untuk gred 41 mewajibkan calon menjawab soalan Esei BI. Dan di sini jugalah masalah hampir 80% calon yang mendudukinya!

Seluas mana pun pengetahuan anda, sekritis mana pun pemikiran anda dan sebanyak mana pun cadangan-cadangan bernas anda. Tidak akan dapat dikemukakan dengan baik andai penguasaan bahasa Inggeris anda lemah. Ini menjadi satu pembaziran yang nyata dari segi peluang dan penonjolan kebolehan anda.

Tidak ada cara mudah mengatasi masalah dalam Esei BI. Ia harus dilakukan dengan latihan yang banyak. Memerlukan ketekunan yang tinggi dan semangat yang kental. Mungkin juga memerlukan kos.

Bagi yang sanggup berkorban, anda bolehlah luangkan masa menghadiri bengkel-bengkel penulisan BI atau meluangkan masa menghadiri kelas BI di hujung-hujung minggu. Peluang-peluang seperti ini ada dimana-mana. Mungkin ada pusat tuisyen BI berhampiran tempat tinggal anda. Tapi maklum saja la, yuran untuk kelas-kelas seperti ini memang agak tinggi.

Sebab itulah saya gunakan perkataa 'berkorban' tadi. Bukan setakat itu saja, boleh juga dapatkan panduan-panduan menguasai BI yang ada dijual secara online. Misalnya eBook panduan menguasai Bahasa Inggeris ini. Panduan ini sudah lama dijual dan sudah ramai yang mendapat manfaat daripadanya.

Dua cara yang disebutkan di atas cumalah cadangan sahaja. Apa-apa pun, itu semua terpulang kepada diri empunya diri sendiri. bak kata orang - 'hendak, seribu daya. Mahu, seribu cara'.



Panduan Mahir Bahasa Inggeris Untuk Temuduga
[ Panduan Tambahan Menguasai Esei BI ]
Klik Sini Untuk Melihat Panduan Tambahan Ini


No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!