Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Ciri-Ciri Jururawat Profesional


Pada kali ini kita akan membincangkan sepintas lalu apakah ciri profesional yang patut dimiliki oleh seseorang Jururawat. Hal ini penting apabila diajukan semasa sesi temuduga atau bila ia ditanyakan di dalam peperiksaan bertulis.

Perwatakan yang diperlukan dalam kerjaya kejururawatan ialah penyayang, cergas, sopan, penyabar, jujur, prihatin, berupaya berkomunikasi dengan baik serta mempunyai sikap yang positif.

Selain dari itu, anggota kejururawatan perlu mempunyai ciri-ciri profesional berikut:

• Sentiasa meningkatkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran jagaan perawatan dan perubatan terkini seiring dengan kemajuan dan perkembangan teknologi perubatan semasa;

• Sentiasa mematuhi etika kerja bagi mencapai taraf kerja yang cemerlang;

• Berfikiran kritis, sentiasa kreatif, inovatif, dedikasi, komited dalam tugas, mempunyai ciri-ciri kepimpinan serta mempunyai kepakaran dalam bidang perawatan kepakaran tertentu; dan

• Berdisiplin, bekerja berpasukan dan mematuhi peraturan pada setiap masa.

Nilai-nilai murni dalam perawatan yang diamalkan oleh Jururawat di KKM adalah berkonsepkan 10S sebagaimana gambarajah di bawah :
 

Panduan Temuduga Jururawat U29!

No comments:

Post a Comment