Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang!

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Contoh Soalan PTD M41: Daya Menyelesaikan Masalah!

Panduan Peperiksaan Online PTD Gred M41

Dalam bahagian ini, soalan yang diajukan kepada calon peperiksaan PTD merupakan satu teks yang mengelirukan. Anda mungkin perlu tulis isi penting dalam teks yang diberikan supaya tak cepat keliru.

Ianya menguji daya logik anda dan kemahiran menyelesaikan masalah. Contoh soalan dalam bahagian ini ialah;

Contoh Pertama Soalan PTD M41: Daya Menyelesaikan Masalah

Mengikut undang-undang perbuatan mencuri adalah mengambil harta orang lain dengan tujuan melarikan harta itu daripada yang mempunyainya. Pada suatu hari Y telah pergi ke kedai dan mengambil sebungkus coklat dengan tidak membayar dan telah memakan coklat tersebut. Sehari kemudian Y berperasaan kesal dan telah balik ke kedai tersebut dan membuat pengakuan bahawa dia telah mengambil coklat itu. Dia juga meminta maaf dan sanggup membayar balik harga coklat itu. Tuan punya kedai itu tidak mahu menerima bayaran tetapi sebaliknya telah membuat laporan kepada Polis. Dalam keadaan ini mengikut petikan Undang-undang seperti di atas, Y adalah:

a. Tidak bersalah kerana dia sanggup membayar coklat tersebut.

b. Bersalah kerana tuan punya kedai tidak memaafkannya.

c. Bersalah kerana mengambil coklat itu tanpa bayaran

d. Tidak bersalah kerana dia telah membuat pengakuan dia mengambil coklat itu dengan sengaja.

e. Tidak bersalah kerana dia telah meminta maaf.

Contoh Kedua Soalan PTD M41: Daya Menyelesaikan Masalah

Terdapat 4 profesyen; pemaju perumahan, pengedar, pengilang dan peruncit. Terdapat 4 nama, yang setiap satunya tidak berturutan dengan profesyen tadi: Jamal, Jamil, Mazlan, Razali. Jamal dan pengedar adalah tidak sehaluan dgn peruncit. Mazlan dan pengilang adalah sehaluan dengan Razali. Peruncit dan Jamil adalah adik beradik kepada pemaju perumahan. Soalan: Siapakah Razali?

Diharap perkongsian ini bermanfaat kepada calon exam PTD yang akan menduduki exam tidak lama lagi.

----------------

Peperiksaan online PTD Gred M41 akan dijalankan SPA dalam Bulan Oktober 2014 ini. Untuk mendapatkan pakej rujukan lengkap PTD, info peperiksaan, tips temuduga, petua PrePAC, tarikh exam online dan lain-lain maklumat penting. Sila daftarkan emel melalui borang di bawah.





Delivered by FeedBurner

PENTING: 10-15 minit kemudian, semak emel pengesahan yang dihantar kepada anda dan klik link pengesahan disertakan!

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!