Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Datanglah Ke Gerbang Kerjaya Di Putrajaya

Tarikh karnival ini berlangsung: Mulai 23 hingga 27 Mei 2012.

Gerbang Kerjaya adalahan sebuah program yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia.

Belia-belia lepasan SPM, Diploma, Ijazah dan lain-lain kelulusan adalah dipelawa untuk berkunjung ke Gerbang Kerjaya ini untuk mendapatkan pelbagai maklumat dan info serta khidmat nasihat berkaitan bermaca jenis kerjaya.

Sebanyak lebih daripada 100 gerai pameran, melibatkan 70 agensi dan syarikat-syarikat akan memeriahkan program ini. Apa saja berkaitan kerjaya anda akan perolehi di sini. Paling istimewa, Gerbang Kerjaya akan mengadakan temuduga terbuka kepada pengunjung selain menawarkan cara permohonan secara online.

Jadi kepada pembaca kami di Blog Tips Kerjaya, kami sarankan anda datang beramai-ramai untuk mendapatkan pengalaman dan mengetahui pelbagai peluang pekerjaan yang ditawarkan.

Sekian, satu makluman.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!