Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, baca cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


[JKR] - 12 Jawatan Kosong Jun 2012

Tarikh akhir permohonan 11 Jun 2012.

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan di Kementerian Kerja Raya Malaysia seperti berikut:

01. OPERATOR LOJI
02. PEKERJA AWAM KHAS
03. PEKERJA AWAM
04. PEMANDU KENDERAAN
05. PEMBANTU AM PEJABAT
06. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK
07. TUKANG K2 – JURUGEGAS JENTERA
08. TUKANG K3 – PENCARI KEROSAKAN
09. TUKANG K3 – PENDAWAI ELEKTRIK
10. TUKANG K3 – TUKANG BATU/SIMEN
11. TUKANG K3 – TUKANG CAT/TULIS
12. TUKANG K3 – TUKANG KAYU

Syarat-syarat Permohonan adalah seperti berikut:
(a) Permohonan boleh dibuat dengan melayari terus melalui Laman Web : www.jobsmalaysia.gov.my;

(b) Tarikh tutup permohonan adalah pada 11 JUN 2012;

(c) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga;

(d) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas TIGA (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya;

(e) Pemohon-pemohon yang pernah sebelum ini memohon jawatan di atas dikehendaki mengemukakan permohonan semula dengan lengkap, jika masih berminat;

(f) Pegawai Sedang Berkhidmat (PSB) dengan Kerajaan hendaklah membuat permohonan secara online selaras dengan Surat Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Bilangan 2 Tahun 2004 : Permohonan Jawatan Secara Online oleh Pegawai Sedang Berkhidmat ; dan

(g) Pihak Kementerian Kerja Raya Malaysia tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan urusan ini.

Untuk membaca iklan penuh jawatan ini, sila kunjungi pautan ini:

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!