Daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantar iklan-iklan jawatan kosong terkini seluruh negara dan tips-tips berkaitan kerjaya terus ke dalam emel anda. Masukkan emel di bawah sekarang! Tapi sebelum itu, tonton video cara mendaftarkan emel ini dahulu.

Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


Kadar Gaji Minimum Untuk Sektor Swasta Diumum


Suatu berita yang amat dinanti-nanti oleh semua adalah berkenaan dengan pengumuman kerajaan berkenaan dengan kadar gaji mimimum. Ini diumumkan oleh Perdana Menteri pada Isnin lalu.

Bagi mereka yang kurang maklum berkenaan hal ini, kadar gaji minimum adalah gaji yang diberikan oleh majikan pada tahap paling minimum tanpa mengira sektor, jantina, kelulusan, bidang dan lain-lain. Itu kalau mengikut tafsiran maksud yang sebenarnya. Gaji minimum ini telah dipelopori oleh Australia dan New Zealand pada akhir abad ke -19 yang lalu.

Bolehlah dikatakan ini merupakan suatu kejayaan kepada para pekerja. Menyorot kembali sejarah berkaitan pelaksanaan gaji minimum ini, MTUC pada 30 April 2008 telah mengadakan demonstrasi di depan Parlimen mengenai isu gaji minimum RM1 200. Ini berikutan kadar itu adalah yang paling releven jika dilihat dari sudut kenaikan harga barangan dan tol. Andaian itu untuk keluarga yang seramai 5 orang ahli.

Terkini, kerajaan melalui pengumuman oleh Perdana Menteri bersetuju memberikan kadar gaji minimum bagi sektor swasta sebanyak RM900 (semenanjung) dan RM800 (Sabah, Sarawak dan Labuan). Walaubagaimanapun, kadar gaji minimum ini tidak meliputi tenaga kerja domestik seperti Pembantu Rumah dan Tukang Kebun. Pengiraan ini adalah berdasarkan RM4.33 sejam bagi Semenanjung dan RM3.85 bagi Sabah, Sarawak dan Labuan.

Kadar gaji minimum ini akan mulai dilaksanakan pada 6 bulan daripada tarikh Perintah Gaji Minimum diwartakan. Sementara, syarikat kecil atau perusahaan mikro dilanjutkan pelaksanaannya lagi 6 bulan.

Walaupun kadar gaji minima ini adalah lebih rendah berbanding tuntutan sebanyak RM1 200, tetapi kita tetap bersyukur. Sekurang-kurangnya sudah ada tanda-tanda yang baik untuk kita perhatikan.

1 comment:

  1. keje pasaraya : pembantu jualan, promoter.. termasuk jgk ke dalam sektor kadar gaji minima ni???

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!