[Lembaga Arkitek Malaysia] - 2 Jawatan Kosong - Blog Tips Kerjaya

Breaking News

[Lembaga Arkitek Malaysia] - 2 Jawatan Kosong

Tarikh tutup : 15 Jun 2012

Lembaga Arkitek Malaysia adalah sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Kerja Raya yang menguatkuasakan peruntukan di bawah Akta Arkitek 1967. Fungsi utamanya ialah melaksanakan pendaftaran serta mengawalselia Arkitek Profesional, Arkitek Graduan, Perekabentuk Dalaman dan Pelukis Pelan Bangunan berdaftar serta praktis perundingan Arkitek dan Rekabentuk Dalaman bagi melindungi keselamatan dan kepentingan awam.

Pada ketika ini mengeluarkan iklan untuk dua kekosongan jawatan di bawah:

1. Jawatan Sebagai Eksekutif
- Ijazah dalam Pentadbiran Awam, Pentadbiran Perniagaan, Perundangan dan yang setaraf dari
Universiti yang diiktiraf
- Tiga (3) tahun pengalaman kerja di peringkat Eksekutif

2. Jawatan Sebagai Eksekutif Kanan
- Ijazah dalam Pentadbiran Awam, Pentadbiran Perniagaan, Perundangan dan yang setaraf dari
Universiti yang diiktiraf
- Lima (5) tahun pengalaman kerja di peringkat Eksekutif

Kepada anda yang berminat, sila kemukakan butiran peribadi, maklumat berkenaan pengalaman, gaji terkini, gaji yang anda cadangkan, gambar, salinan kelayakan dan dokumen-dokumen berkaitan. Jangan lupa juga emel dan no. telefon.

Kemukakan semua itu ke alamat di bawah:

Lembaga Arkitek Malaysia
Tingkat 17, Blok F
Kompleks Kerja Raya
Jalan Sultan Salahuddin
50580 Kuala Lumpur

atau..

Lembaga Arkitek Malaysia
Peti Surat 12095
50786 Kuala Lumpur.
Maklumat lebih terperinci, sila baca melalui pautan di bawah:

No comments

Sila tinggalkan komen atau pendapat anda. Terima kasih!